Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

December 29, 2011

Siapa Dah Tengok Mission: Impossible????

Saya! Saya! Saya! (sambil angkat keybord tinggi-tinggi!!!)

Kami sekeluarga (ayat!!!) layan kat IMAX TGV Sunway!!! Memang berbaloi-baloi RM51 aku!!! Huhuhu!!! (Singgit booking, 50 sebab couple seat). Seat dia pun best n besar.... takder laaa berhimpit-himpit ngan si kecik tuh!!! Tak salah aku, ada 3 price, couple seat, seat area belakang tapi bukan couple seat and yang paling murah tak salah start dari tengah ke depan.... Skrin memang BESAR PUNYA!!!! Tapi aku dah lupa mana lagi besar, IMAX Sunway ke, IMAX London.

Kira kalau layan 3D pasnih, memang capai tahap climax lah!!!! Yang 2D nie pun haku dah rasa cam 3D!!! Especially bab Tom Cruise dok panjat Burj Khalifa tu, aku siap terjenguk-jenguk (dasar pendek, so tak nampak skrin belah bawah!!!!) Pastu dah duk terjerit-jerit sendiri sebab rasa gayat gila tak boleh blah!!!! Seram weh..... kalau jatuh, confirm bersepai!!!!

That's about IMAX!!!!

Pasal cerita plak, sebagai kipas susah mati Tom Cruise, haruslah aku kata citer nie best gila tahap petala langit ketujuh!!! Pada aku, ada keseimbangan, tak stress sangat macam yang no 3, Rabbit Foot???? Sampai ke sudah aku blur, apa kejadahnya laaa Rabbit Foot tuh!!! Yang nie, message lebih clear, cerita lebih jelas, mudah difahami, tak berbelit and ada part-part lawak!!!

Cuma, kali nie, dah nampak cam kalut sangat pun ada sebab biasa MI kan cam pro habis, tapi sebab tagline dia No Plan. No Backup. No Choice. So, memang kenalaaaa.... And aku kureng sket dengang part topeng, sebab kan tue memang trademark MI, tapi boleh plak gang hero tak dan pakai sebab mesin tuh rosak, so ada tak ada, orang jahat si Hendrix tue aje yang pakai menyamar jadik orang kanan dia....


All in all, aku suka, puas hati, ditambah ngan tengok lak kat IMAX, so memang aku bagi 5 star lah!!! (Ombak Rindu aku bagi 2.5 aje!!!! Tue ikut taraf citer melayu k??? Bukan banding ngan MI.... Sebab bagi aku, banyak je yang tak kena ngan citer tuh.... Kalau citer Melayu yang dapat taraf 4 bintang, pada aku, citer KL Gangster and Cun) Eh, tetiba plak melalut!!! Heheheh!!! Haruslah peminat ombak Rindu marah kat aku!!!


Anyway, nia ada LINK untuk Trivia and Goofs untuk cerita nie..... Ada satu tue, aku pun perati gak.... eh, tadi sandstorm nie bukan dari depan ke???? Apsal lak sekarang dari belakang plak??? Tapi aku duk pikir, ooo.... kira tadi dia pandang ngadap belakang kut!!!!


OK laaaa.... sekian review dari aku yang tah hapa-hapa....


Bye!!!!

May 25, 2011

Sisi Yang Dibincangkan Selepas Menonton Nur Kasih...

Pada aku, cerita nie cantik... selain cantik sinematografi, jalan ceritanya jugak cantikk.

Honestly, aku tak kisah pun kalau Adam mati, tapi akan jadik sangat klise di situ...

Jadi, ditonjolkan jalinan yang sangat cantik dengan watak Mamat, apabila mereka berdiskusi mengenai pemberian/ sedekah/ zakat...

Apabila Mamat memberikan CD 'ori' pada pada Adam, aku sangat tersentuh bila Adam tanya 'tak sayang ke?' dan Mamat pun menjawab, 'Sayang, sayang sikit...'

Sterusnya, kena laaa tengok sendiri kan???

Selain pemberian, kisah ini menitik beratkan pasal kehilangan (pada aku laaa....) bila Aidil kehilangan Aliya, dikaitkan dengan bila ibunya kehilangan Haji Hassan...

Bila Nur kehilangan bayi yang dikandung, bila Adam rasa dia akan kehilangan Nur sampai dia berdoa 'Ambillah apa saja kecuali Nur...' dan apa yang Nur rasa apabila dia hampir kehilangan dan setelah kehilangan Adam...

Selain itu, pada aku, watak yang sangat menarik untuk dibincangkan ialah watak Ustaz yang menimbulkan kejengkelan Adam apabial beliau enggan mengajar dengan alasan 'matlamat tidak menghalalkan cara'...

Ya, walaupun Adam memberikan jawapan yang konkrit, namun persoalaannya, wajarkah Ustaz itu disalahkan seratus peratus???

Inilah yang menjadi topik perbincangan aku dengan Sayang (walaupun Sayang walaupun Sayang tak tengok movie nie...)

Kalau Ustaz itu dilahirkan dalam keluarga yang kukuh agamanya, kemudian membesar dan belajar dalam kondisi yang indah pegangannya, secara tak langsung, sama ada sedar atau tidak, Ustaz ini akan ada cocoonnya, di mana, beliau hanya akan bergaul dengan orang yang sempurna imannya. Bukanlah salah beliau kerana apabila tidak bergaul dengan mereka-mereka yang rosak, tentulah janggal untuk beliau berada dengan mereka...

Umpama, bila Syang bertanya dengan aku 'kenapa U tak turun petang-petang berborak dengan jiran-jiran' jawab aku mudah, 'That's just not my norm. Mak aku tak pernah ajar dan buat macam tu, so aku pun tak buat macam tu...'

Samalah jugak dengan bila membesar dengan keluarga yang minum arak dan tidak sembahyang, maka, anak-anak yang dihasilkan akan menganggap, oh, minum arak itu ok, sembahyang bukanlah kemestian. Itulah norm yang terhasil... (Sebagai contoh)

Jadi, kalau ada sesetengah orang menganggap minum arak itu cool (sebagai contoh), kenapa harus menganggap Ustaz itu kolot??? Ustaz itu tidak kolot, cuma dia tidak biasa, itu sahaja.... Jadi, kita jangan jatuh hukum menyalahkan Ustaz itu....

Yang menjadi persoalan ialah, bagaimana nak dibiasakan Ustaz itu yang itulah keadaan yang berlaku hari ini, kepincangan dalam institusi masyarakat Islam, dan kita memerlukan Ustaz itu untuk memulihkan Islam dalam hati kita....

Bagaimana pula kita nak biasakan dan menyatakan pada peminum arak (sebagai contoh)yang minum arak itu tidak cool, malah haram, dan kita perlu cari Ustaz sebagai guru, untuk mengajar kita kembali mengenai Islam, yang hakikatnya, jauh lebih indah...

How to break the barrier and melt the ice??? Pada kami, itulah yang lebih perlu dibincangkan...

Oh, bagaimanapun, bravo to the whole team of Nur Kasih The Movie kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang indah dan berjaya membuatkan aku rasa nak berfikir... Seriously, cerita ini sangat cantik...


Disclaimer: Ini adalah pendapat aku semata-mata tanpa rujukan dari mana-mana dan tanpa ada niat ditujukan kepada siapa-siapa baik yang masih hidup atau yang telah pergi...

May 24, 2011

oh yeah! johnny wins over remy! meh layan pirate, ahoi!

Ok, that was my Sayang's fb & twitter status last Sunday.

Despite I really wanna watch Remy, at the end of the day, I need to compromise.

Well, that's marriage is all about, after all ay???

The movie was OK, 4 star I would say...

Far less complicated compared to the 2nd and the 3rd one.

Since POC was the first movie we ever watched on the 1st date, we never missed to catch the sequels at the silver screen...

Penelope Cruz??? Nah... I favour Keira Knightley 1000 times.... Maybe I was expecting more from Penelope...

But the mermaid, she was the real deal.... super hot + gorgeous, bisa gugur jantung gue...

Johnny Depp, charming as always....

Anyway, for me, this movie was a very good wrap up. I wonder if they are thinking to make another sequel...

More about the mermaid, perhaps??? Who knows....

So, how about Remy???? Tomorrow maybe???? hehehhe!!!! Well, in few more hours considering it's already 5.00 am...

Great!!! My insomnia is back!!! So does my headache!!! Not good...



Indah....

Pic from here

November 18, 2010

We've watched Harry Potter: The Deathly Hallows: Part 1....

..... and I LOVVVVVVVVVEEEEEEEEEEEEE it to the max!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...