February 28, 2011

Aghh.... Malasnya....

Tapi kena gak buat!!! Huhuhuh!!! So, hari nie, ialah hari kita mengemas, mengelap, mengemop dan segala me... lah!!!! Kata ada budak kecik kat rumah, haruslah terpaksa rajin menegemop since budak kecik itu sangat suka tumpahkan susu, biskut dan apa-apa ajelah!!!!

Chaiyuk! Chaiyuk!!!!

February 26, 2011

Faheem.... Faheem....

Biasa kalau aku nak salinkan nappy bila dia dah habis 'bisnes', aku akan cakap, 'Faheem, tukar nappy jom, eeeiiii..... yak cuk!!!'. So, bila dia dah makin besar, dia pun dah faham and tak selesa, so, dia akan bagitau aku awal-awal, 'Yak, cuk' so tak payahlah aku bersusah payah nak check nappy dia lagi....

So, hari nie, aku mandikan dia, tapi lupa nak gosokkan gigi dia. Waktu aku tengah pakaikan nappy dia baru aku teringat. So, aku cakap kat dia, 'Ooo, Mummy lupa nak gosokkan gigi Faheem eh??? Nanti lepas pakai nappy, kita gosok gigi eh??? Eee.... gigi cuk!!!!' Biasa kalau aku tengah ajar dia, aku akan ulang 2-3 kali. So, aku cakap lagi, 'Lepas nie, gosok gigi eh??? Kalau tak, eiiii.... gigi......' (suruh Faheem sambung), so, Faheem pun sambung.... 'cuk'. Aku pun cakap lagi....'nanti gigi.... dia sambung 'cuk!'. Lepas tuh, aku pun sambung kerja pakaikan nappy dia.

Yang buat aku terkejutnya, out of a sudde, tiba-tiba dia cakap.... 'Gigi yak, eee....' Pastu dia ulang lagi, 'gigi yak'.... Pastu dia cakap, 'yak cuk, gigi cuk, gigi yak!!!' Gelak aku kat situ!!!! Manalaaa budak nie boleh buat conclusion kalau gigi busuk tuh sebab gigi tuh 'berbisnes'?????

Terpaksalaaa aku explain kat dia....'Tak, gigi tak yak, Faheem je yang yak..... Gigi busuk sebab Faheem tak gosok!!!!'

Anaaaak.... anaaakkkk.....

February 25, 2011

Jemput Singgah Ke Kedai Maya Saya.....

***Ini ialah entry yang menggunakan sticker. Sila scroll ke bawah untuk berita terkini, hiburan sensasi***

Okey, been wanting to up kan this post for ages.... Tapi, hish, banyak betul tapi nyea....

Anyway, dengan lafaz bismillah, saya merasmikan kedai maya saya......

Kkekekeke!!!! Dah macam YB pulak....

Anyway, kalau sudi (sudi-sudikan laaa) sila lah singgah di sini....


http://tfv.lot.my/




Hheheh, nama kedai maya saya nie, corny sikit, nak buat camner, Sayang yang tukang urus segala, so, layankan ajerlaaa.... Permulaan nie, concentrate nak jual aksesori wanita, besides, Garage Sales yang memuatkan mostly barang-barang yang kitorang gedik beli kat UK dulu, tapi tak pakai pun..... Dah namanya GEDIK + impulsive shopper!!!

Buat masa nie, kami menjual women wrist watch yang colourful, ala-ala bangle, sangat funky gitu.

InsyaAllah, dari masa ke masa, barang-barang akan ditambah agar kedai kami lebih meriah.... the more the merrier gitu....

Kalau ada apa-apa nak tanya, silalah email ke faznfaz@gmail.com

Sudikan-sudikanlaaa singgah ye....

Setiap kunjungan didahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...