September 14, 2009

Lagi Beberapa Hari Nak Raya...

Lamanya tak ranting di sini... Tak tau apa yang nak diceritakan... Masih gemuk seperti dulu, masih tak bekerja seperti dulu dan blog ni pun tak diupdate sampai tak sedar ada komen... Anyway, to Pn. Siken (kalau2 dia baca) my background is electrical engineering, tapi dah terinvolved dalam O&G n dah macam takder hati nak tukar bidang... hehehhe!!! Thanks for the taught anyway...

Yang menarik untuk diceritakan cumalah pasal Faheem yang tumbuh 2 batang gigi bawah. Ada jugak capture pics dia, nanti akan diupdate (bila laaa tue...)

Rumah Shah Alam dah boleh kata 80% as homey as it can be... Syukurlah, at least mata aku tak sakit sangat tengok rumah tue... Still ada a few major repair yang nak kena buat tapi, for the time being, it's OK enough for us.... Tak tau bila nak pindah je... Sayang kata before raya, tapi tak sure boleh ke tak...

Kami sekeluarga dah ada insurans... Yeaaaa!!!!! Setelah ditimbang tara, kitorang pilih Pudential-BSN. Since this blog just for ranting around and story of Faheem, takdelah aku nak tulis detail pasal insurans nie... For us, kami ambil insurans since right now, both of us are jobless, so, kalau apa2 jadi kat kami, kami taknak laaa nanti Faheem kena masuk paper nak minta bantuan ke apa, and kalau kena masuk hospital, takyah lah aku nak bergolok bergadai (ada ke barang yang nak digadaikan since aku tak minat emas pun...). Bukan tak boleh nak masuk government hospital, tapi sekadar backup untuk masuk hospital swasta...

Sebenarnya, masa aku keje ngan SLB dulu, aku memang ambik extra policies untuk masa depan Faheem, tapi ye lah, takdir dah tentukan yang jodoh kami tak panjang... benda2 nie semua buat aku terfikir, kalau kerja, memanglah office akan bagi insurans, so, takyah pening kepala kalau sakit segala, tapi kalau dah berenti, pencen atau kena buang kerja, saper plak nak tolong bayar bil hospital yang confirm boleh cecah ribuan ringgit? And time2 tulah pulak penyakit sibuk nak datang, betul tak???

Oklah, macam dah panjang pulak entry nie... Akhir kata, CAVENZI SUCKS IN EVERY WAYS!!!!!! If you're thinking to get any stuffs from CAVENZI, please think trillion times.... it's just not worth it!!!! Kalau aku nak cerita pun buat sakit hati jer!!! Baik beli kat kedai Ah Chong (bukan nama sebenar), puas hati aku, tak mahal mana, boleh tawar, delivery free, kualiti setanding dengan yang mahal, service tip top... Ini bukan cakap2 kosong since perabot yang mak aku beli 8-9 tahun dulu still elok and boleh guna lagi... Siap dapat free gift and free cuopons....

Apa-apa pun, Selamat mengejar lailatulqadar, Selamat tinggal Ramadhan, moga panjang umur untuk bertemu Ramadhan tahun depan dan Salam Syawal...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...