January 31, 2011

Baik Tak Yah Update Cenggini!!!

Tak da mood.... Tapi banyak cerita.... Nanti-nantilaaa....

January 28, 2011

I-City...

Jumaat malam Sabtu last week, budak kecik tuh taknak tidur, so Sayang ajak gi I-City. Sebenarnya, 2-3 bulan lepas dah pergi dah, tapi waktu tue takder kamera. So, okey je laaa kan kalau nak pergi this time.

Cuma yang mushkilnya, dulu kitorang pergi, bayar RM5 ajer, pastu, kupon tue boleh redeem bila belanja kat restoran dalam tue. Meaning, kalau belanja RM20, dapat laaa diskaun Rm5 kan, so, ok laa kan (even minimum purchase pun RM15). Tapi kali nie, kena caj RM10 1 kereta and takleh nak redeem apa-apa. Nasib baik awal-awal kitorang dah memborong kat stesyen minyak sebab sah-sah makanan dalam tuh mahal kan??? Bukan apa pun, yang penting air, sebab nanti si kecik tue tuh duk lari-lari dalam tuh, penat lak dia nanti.... (ke mak dia yang terlebih penat mengejar anak??? hahahaha!!!)

So, bila masuk dalam tuh, Sayang ada gak laa mempertikaikan kenapa mahal sangat diorang caj??? Dah sama standard ngan parking KLCC. Tapi bila dah park kereta segala, aku rasa ok kut, sebab ramai jugak petugas yang menjaga kat dalam tuh demi memastikan kelancaran. Kalau tak, memang boleh accident hokeh, considering attitude orang kita bawak kereta, betul tak??? Pastu ada laa guard duk jaga kat certain area macam area yang banyak haiwan-haiwan tuh..... Ya jugak, kalau tak, ada gak yang mati pasal short circuit.... hehhehehe!!! Anyway, here are some pictures yang kami ambik... Ada gak sesetengah tue pakai Auto Mode ajerk.... cam letih kut, nak tukar-tukar setting segala (especially bab ambik gambo budak kecik tuh!!!) by the time tukar setting, hilang gak anak aku kat situ... huhuhu!!


Haiwan ternakan di I-City...


Zirafah terlepas dari zoo...


Pompuan nie memang suka amik gambo lompat, so layan ajelaaa....


Another style of lompat...


Percubaan dari aku untuk mengambik gambo style panorama...


Aku suka ambik gambo Faheem kena lambung. Tapi disebabkan aku sangat tak fotogenik, so, Faheem ambik gambo ngan Ayu ajelah...


Deretan pokok yang banyak di I-City...


Model tak rasmi kami malam tuh... (Anyway, she's still single... anyone???? hahahahah!!!)


Gambo aku kena kena crop sebab hanya mencacatkan gambo...


Cubaan macro dari Sayang (guna setting macro pun jadiklaaa sebab duit tabung still tak cukup nak beli lens macro..... sob! sob!)


Another shot from Sayang...


Dan Sayang lagi...


Budak yang happy sebab boleh lari-lari waktu malam... Nie contoh shoot guna Auto Mode...


Ni lak percubaan macro dari aku. Gorgeous kan??? ;p
(Gila perasan tak leh blah!!!)



Dari aku lagi...


Burung merak kayangan...


Bila tunjuk gambo nie kat Fatin, dia kata orang orang selalu amik gambo swan couple kat belakang tuh!!! Cis!!!! Anyway, gambo nie Sayang yang ambik....


Skrin besar kat I-City nih tengah tayang citer Ice Age. Bila Faheem nampak, haruslah dia seret semua orang layan citer nie... Nak taknak kitorang kena layan sampai habis!!! Cisss!!! Again, gambo aku kena crop sebab hanya mencacatkan gambo...


Percubaan panorama dari Sayang pulak...


Sayang hend-held jer ambik gambo nie... Pastu nak kerek-kerek konon gambo dia ambik tak gegar... Cisss!!!!!


p/s: Some gambar diambil dengan Auto ISO
...

Enjoy....
Align Centre

January 26, 2011

Berprojek Di Malam Hari Dengan Sayang...

Bila aku kata Sayang excited dengan kamera baru, I really mean it!!! Sanggup dia heret aku ke salah satu jejantas yang agak dodgy di Batu Caves untuk amik gambar-gambar kat bawah nih....

Nih sebenarnya percubaan pertama, tak perfect pun, just main belasah jer.... Hopefully, nanti boleh improve. Oh, aku letak sekali EXIF info so that boleh tau setting apa yang kami guna.

And, untuk gambar-gambar nie, kami amik guna tripod. Untuk elakkan gegaran lak, kami guna 10second self timer (truly idea Sayang)

Enjoy.....

Gambar 1st kejadian


Nie macam dah start terang...





Gambar gegar. Maybe angin since pakai tripod...





Ambil dari sudut tepi pulok....








Lastly, 'hantu' yang buat projek malam-malam.... heheheh!!! Aku pun tatau apsal gambo nie jadik camnie!!!

Jangan Biarkan Baby Tidur Meniarap... Ianya mengundang COT DEATH

Lately, banyak sangat dengar pasal baby meninggal akibat tersedak susu or meninggal tetiba ajer.... Pagi elok sihat wal'afiat, bila tidur, tetiba jer biru.... tau-tau dah ... (sila sambung sendiri sebab tak sanggup!)

Anyway, nak kongsi cerita, waktu aku pregnantkan Faheem dulu (nearly last 3 years, in sweet u'll be missed forever, Aberdeen), soon to be parents memang diberi antenatal class secara percuma. Antara topik yang dibincangkan ialah betapa pentingnya untuk kita 'burp'kan babay, cara-cara nak 'burp'kan baby and SIDS. SIDS nie maksudnya Sudden Infant Death Syndrom atau kat UK diorang panggil COT DEATH (kira meninggal dalam baby cot laaa...).

Antara cara untuk elakkan kot death ialah
  • baby bawah 6 bulan perlu tidur dalam baby cot or crib -banyak mums, especially bf mums (tak yah orang lain, aku pun!) rasa lebih 'senang' kalau anak tidur sekali, ye laaa.... senang nak susukan malam-malam kan??? tapi nie bahaya sebab takut terhempap baby sendiri or tertutup ngan selimut yang boleh menyebabkan lemas
  • meletakkan baby cot di dalam bilik parents so that parents lebih alert dengan baby -mat saleh kan suka ada bilik baby sendiri bagai, so, baby diorang tidur sendiri kat bilik baby and diorang akan letak monitor system kat situ...
  • menidurkan anak seperti gambar dibawah -kiranya, kaki baby yang dekat hujung katil dan bukan kepala baby dekat kepala katil. selimut pulak haruslah di bawah paras bahu dan selitkan tepi selimut celah tilam. ini untuk elakkan baby anda termasuk bawah selimut dan berisiko untuk lemas (gila gigih aku lukis gambar nih kat Paint) dan baby anda haruslah tidur dalam keaadan TERLENTANG dan BUKAN meniarap


Ini je laaa yang aku ingat. Nak carik pamplet yang diorang bagi memang harapan laaa kan, since pindah, semua pun dah tak tahu locate kat mana. Anyway, kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca kat SINI.

Sebenarnya dah lama nak share pasal benda nie since ada terbaca pasal baby yang meninggal sebab pengasuh biarkan baby tidur terlangkup. Tapi MALAS!!! Hampeh kan aku nie??? Lepas tuh, tak lama dulu, ada terbaca entry dekat http://buatmuanakku.blogspot.com pasal SIDS. So, hari tetiba angin rajin datang, so aku share laaa kat sini.... heheheh!!!


Anyway, nie yang aku kopipes dari blog tersebut:

Apa itu SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)?
SIDS adalah kematian secara tiba-tiba, untuk bayi yang berumur kurang dari setahun, yang tak dapat dijelaskan selain dari siasatan secara mendalam...Maksudnya, baby memang nampak sihat je sebelum ni dan tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit.

Apa pula `Stomach Sleeping`?
`Stomach Sleeping` ni bahasa inggeris..Bahasa mudahnya, bayi yang tidur dalam keadaan MENIARAP..

Apa kaitan SIDS dan `Stomach Sleeping`?
Membiarkan baby tidur meniarap akan meningkatkan risiko SIDS..Memang ada pelbagai lagi faktor yang menyebabkan SIDS seperti bayi pra-matang, bayi yang lahir tak cukup berat, bayi yang terdedah kepada asap rokok, tetapi `TIDUR MENIARAP` adalah faktor utama penyebab SIDS...Melalui penyelidikan yang telah dilakukan oleh ramai penyeledik, bayi yang tidur meniarap, lebih ramai yang kena SIDS berbanding bayi yang tidur terlentang atau mengiring...Ibu-ibu boleh baca research yang dilakukan mengenainya disini. (klik disini)

Kenapa tak boleh beri baby kita tidur meniarap?
  1. Baby adalah `abdominal breather`, iaitu bernafas dengan bantuan otot abdomen...Bayangkan bila kita beri baby tidur meniarap, maka, ia akan menyukarkannya untuk bernafas...
  2. Bila baby tidur meniarap, udara yang dihembuskannya (karbon dioksida) akan berkumpul..Membentuk seperti poket udara di keliling mulut baby...Terutamanya bila baby tidur di atas tilam yang lembut, selimut dan dikelilingi oleh `soft toys`... Jadi karbon dioksida yang berkumpul itu akan disedut kembali oleh baby...Menyebabkan, kadar oksigen dalam darah menurun...Untuk pengetahuan semua, ketidakmatangan sistem pernafasan baby menyukarkannya untuk adapt dengan jayanya terhadap poket karbon dioksida yang membentuk itu...atau apa-apa saja yang halang baby dari bernafas..Macam orang dewasa, bila terjadi situasi begitu, automatik kita akan ada coping mechanism..Terlentang ke...Ubah posisi ke...Walaupun dalam keadaan tidur..TETAPI BABY TIDAK BEGITU...
  3. Tidur meniarap memberi tekanan pada rahang baby menyempitkan salur pernafasan, lalu menyukarkan baby bernafas..
Mitos dan Fakta tentang tidur meniarap...
  1. Mitos: Bayi akan tersedak susu kalau muntah...Fakta: Mengikut AAP (American Academic of Pediatrics)..Bayi yang lahir cukup bulan dan sihat tidak akan tersedak susu mahupun dengan air liur yang berkumpul jika tidur terlentang...Boleh rujuk di sini ye..(klik disini)
  2. Mitos: Bayi tidur lena...Memang tak dinafikan tentang ini...Fakta: Banyak lagi cara yang boleh dilakukan supaya bayi tidur lena..Contohnya, iringkan bayi, malapkan lampu...Alihkan segala gangguan yang ada seperti perlahankan TV, radio dan etc..
  3. Mitos: Elak perut kembung..Fakta: InsyaAllah, kalau breastfeed baby, kemungkinan untuk kembung itu amatlah tipis..Untuk yang masih belum berpeluang Bf baby, anda boleh pastikan baby tak kembung dengan burp baby..atau beri susu yang sesuai dengannya...
Jadi, macam mana ye kalau baby saya nak tidur meniarap juga?
Boleh, bukan tak boleh langsung tau..Bila baby dah boleh meniarap dan terlentang semula, biasanya dalam umur 4-7 bulan ,mereka tidak akan stay tidur terlentang sepanjang malam...Waktu ini, tidak mengapa jika membiarkan mereka memilih posisi yang mereka inginkan..Bukan yang kita inginkan tau..Maksudnya, bukan dengan sengaja, kita yang letak baby kita tidur meniarap...

Original article

Ok, aku harap sangat artikel nie dapat membantu, dan marilah kita bersama-sama kita membenteras COT DEATH/ SIDS.

Bye...

January 19, 2011

Inilah Yang Dinamakan Indah.......



p/s: Aku ada banyak benda nak cerita tapi, tengah layan tonton, nanti petaaang sikit baru carik masa hapdet blog nih...

January 12, 2011

Faheem's Art.....

Semalam dah lepas layan back-to-back Bee Movie, tetiba Faheem ternampak kaler dia. Kaler nie sebenarnya dapat dari KFC Chicky Meal, diorang dah habis mainan, so, diorang substitude laaa dengan kid's art set. Takde paper pun, crayon (yang dah berjaya Faheem patah-patahkan dan masuk mulut makan! Seb baik non-toxic), kertas untuk kaler-kaler, dah selamat aku buang sebab sepah-sepah and water colour. Just titikkan air, and ready to go....

So, since kertas dia dah takder, aku bagi jer kertas A4. Dia dah halfway buat (termasuk dah bercaya buat art kat dinding, seb baik boleh lap) baru ingat nak ambik gambar....



Gambar semasa memproses art.............





Dan hasilnya......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Finally, THE Masterpiece.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Masterpiece nie dah selamat aku tampal kat book rack, bersama art pieces Faheem yang lain. Maybe one day aku nak file kan....

Ok, tue jer nak share.... Bye!

p/s: Oh, DVD Bee Movie dah rosak.... Sian Faheem.... Pepagi dia celik bijik mata, terus nak tengok Bee Movie, tengok-tengok takleh nak play.... semalam ok jer layan 3 kali!!! Sayang sangat, dah laa DVD tue yang ori, beli masa kat UK (3pound jer pun!!!) Hari nie, sibuk dia nak tengok Bee.... Nanti kena suruh Daddy dia download.... nak beli lain, tak dapek laaaa....

January 11, 2011

Mari Kita Intai Apa Yang Faheem Buat....

Muka khusyuk hokeeeyyyyyy??????????? Aku panggil pun dia buat donno......



.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Yup!!!! Bee Movie!!! Tak sia-sia aku beli DVD nih!!!! Masalahnya, aku nak tengok TV memang langsung tak boleh, ok???? Nie dah kali ke-2... Tak tau hari nie kena tengok berapa kali!!!!

Anak... anak.....

Sampai aku dah naik hafal...
Thinking bee....
Behind the fellow...
Black and Yellow!!!!!
Hello!!!!!

p/s: ooh, Aku dah pandai buat batch watermark guna Photoscape. Suka!!!! (Ok, kecoh jer, orang lain lama dah tau!!!) Dulu malas nak buat watermark sebab kena buat satu-satu kan???? Rupanya boleh buat sekali gus ok??? Senang kerja aku.... hehhehe!!!

January 10, 2011

Mode: House Chores...

Rumah dah macam kapal karam!!!! Maka, lunch hanyalah diorder di Mekdi agar masa lebihan dapat digunakan untuk melipat kain baju... *sigh* Sedangkan, waktu belum kawen, jangan harap nak lipat sendirik.... Kerja lain boleh kubantu, tapi bab lipat kain baju jangan harap mak dapat outsource ke aku.... hahahahha!!!!

Harus mengemop lantai juga sebab budak kecik nih suka bangaaat tumpahkan susu atas lantai, lepas tue, siap complaint kat aku, 'haaa, tumpah....' padahaaaallll...... dah ko tumpahkan, memanglah tumpah!!!! GGrrrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!! Speaking of which, dia baru ajer tumpahkan sebotol air masak atas katil aku, in which cadar tue, aku baru tukar 2-3 hari lepas!!!! Aku bukak kipas and tingkap ajer dengan harapan akan kering sendiri nanti... (read: aku malas nak tukar cadar lagi!!!!!)

Eh, hujan eh kat luar??? Hope Mekdi tak cancel order aku.... (lepas tue complaint badan dah tak anggun cam zaman anak dara..... masalahnya, dulu belum kawen lagi dahsyat, 8 pinggan nasik aku bedal, tak gemuuuukkkkkkkkk pun!!!!!!!!!!!!)

January 09, 2011

Baby Baru....

Ooohhh..... Dalam hati ada taman....
Ku telah ketemu kekasih baru...
Janjiku kau takkan ku persiakan...
Kaulah kekasih yang kutunggu-tunggu...





Hhehehehehheheh.........





Here are a few captures with the new baby...


Heheh..... excited sampai lupa nak rotate... Btw, this was the very 1st picture taken using my new baby...


Tukang bayar yang merenung masa depan sambil berkata-kata dalam hati..... 'Rabak poket aku... sayang bini punya pasal...' Peace!


Budak nih... Feeling bath tub!!!


Muka ceria....

Oohh.... Tapi tak jadik beli Lumix G2.... Setelah banyaaakkkk consideration, betapa depan Pakcik Google 7 hari 7 malam, maka kami decide beli brand lain saja....

Apa pun sangat puas hati... Especially dengan team sales kat Klang Parade yang saaangat friendly. Even kedai baru, tapi sangat membantu dari segi technical assistance. Ooh, telah mengepaw meraka kaw-kaw juga!!! Segala benda yang boleh dipawlah seperti tripod, LCD screen protector, camera bag, tote bag, UV protecter etc.... Thanks guys, definitely will come back with lens collections.

Ooh, bertambah excited, Sayang pun sibuk nak belajar gak since dia pun ada saham dalam baby baru nih... hehhehehe!!!

Ok, nak keluar makan.... Bye...

January 07, 2011

Perkara Yang Paling Mentensionkan Bila Duduk Rumah...

dengan budak umur 2 tahun lebih yang dah pandai memintak itu ini.... Paling terbaru, dah pandai control TV hokey????? Celik bijik mata dah sebok tarik tangan aku pergi rak DVD and paksa aku pasang citer Chipmunk, Bee Movie, Fish (Finding Nemo) & Spongebob!!!!

TENSI hokeh???!!!!!!!! Langsung aku tak boleh nak tengok TV kalau tak nak dia meminta-minta banyak kali.... Sungguh annoying!!!!! GGGgrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!

Kalau dia sebut Viaaa (terpengaruh dengan iklan TV3 yang nananana tuh...) maknanya adalah channel 613 tanpa henti atau kalau mood baik boleh laaa tukar ke Nick Channel, providing ada spongebob atau ke Disney kalau ada Phineas & Ferb!!! (nasib yang nie mak dia pun suka tengok!!!)

Arrggghhhh!!!!! Aku nak layan CSI marathon laaaa.....

Tulaaa.... dulu suka sangat beli DVD kartun (Incredibles, Nemo etc..) sampai member kat Aberdeen pun duk gelak.... Tapi, walau memang tak rugi every penny sebab sekarang diturunkan untuk Faheem, tapi tensionlah kut, kalau aku pun dah duk hafal dialog Chipmunk tuh!!!!!!


January 04, 2011

Niat Di Hati Nak Beli Kamera, Tapi Tak Tau Kamera Apa Yang Best Di Pasaran???



Hehhehe!!! Gila abah tajuk panjang nak mati!!!

Anyway, back to the fact. Kan before-before this aku duk kecoh-kecoh pasal kamera aku kena rembat kat Genting and aku duk meroyan sesorang nak beli Lumix G2 kan???? Sebenarnya dah type panjang-panjang, tapi bili fikir-fikir, banyak pulak reason nak beli G2, jadik buat bullet point lah...

Ok, reasons aku nak pakai Lumix G2 adalah kerana:-

  • Actually, aku suka sebab G2 ada kaler-kaler, tapi kena beli kat US sahaja sebab kat Malaysia cuma available kaler hitam sahaja, sekian terima kasih!!!). Tapi takper, Huda kan ada.... hehehhe!!!!
  • Lepas tue, aku suka G2 sebab dia ada articulate view finder di mana boleh ambik gambar sendiri tanpa risau gambar terpotong sebelah sebab langsung tak berbakat nak camwhore!!!
  • Reason lain lagi, walaupun aku suka kamera ala-ala DSLR, tapi aku bebal serta malas nak belajar rajin-rajin pasal semua technique photography yang sangat teknikal itu (ada hati lagi nak claim diri sebagai ex engineer!!!!). Jadi, walau DSLR style, haruslah ada ciri-ciri point-and-shoot supaya kalau nak mintak orang lain ambilkan gambar, gambar diri sendiri tak jadi horror sebab orang lain tak reti nak setting kamera... (Nak jugak salahkan orang, boleh??!!!)
  • Aku juga dah ada lens Lumix 45-200mm yang aku beli package dengan G1 yang kena rembat tuh. Jadik , tak perlu laaa nak carik lens tue lagi, dah boleh simpan duit tabung beli lens macro pulak
  • Lagi.... Ok, dah lupa pulak, cukuplah reasons tue....
Ok, bebel lagi!!! Anyway, semalam duk jalan-jalan carik kamera lagi. Kali nie kita ke Klang Parade. Lepas tue, Sayang telah ternampak satu kedai kamera, lalu paksa aku masuk lalu dia terjatuh cinta dengan satu kamera dan terus memutuskan supaya aku beli kamera itu. Siap nak top-up sikit duit tabung aku supaya cukup untuk beli kamera itu. Siap nak beli dan-dan tue lagi... Akhirnya, setelah dibincang segala, lalu kami pun pulang ke rumah (ayat!!!) sebab Sayang kalau nak spend duit yang banyak beli sesuatu barang, dia akan bertapa bersama Encik Google 7 hari 7 malam, gather all the infos, compare all the facts supaya orang kata, menang membeli, menang memakai (asal jangan kena rembat lagi lepas nih, sudah!!! tue memang tak taulah nak buat apa... huhuuh!!!!)

Jadi, semalam, Sayang telah membuat satu penemuan di alam maya. Penemuan itu ialah......

http://snapsort.com

Taadaaaa........ website nie sangat cool sebab dia membincangkan most of cameras (takkan nak kata semua, tak logik laaa kan???) dari segi teknikal. Yang bestnya, kita boleh compare kamera idaman hati dan selepas itu boleh membuat keputusan yang lebih bijak. Jadinya takdelaa kita beli kamera tue sebab 'orang lain pun pakai kamera tue'. Tapi nie more like aku pakai kamera nie sebab snapsort suruh!!! Eh silap!!! Sebab ISO kamera nie lebih tinggi, jadik gambar lawa waktu malam, senang nak bawak gi clubbing! Contohnya laaaa.... Ooh, sebelum lupa, bab harga tak yah compare laaa kan kat sini, sebab Sayang kata website nie from Canada...

Sebagai contoh, aku buat snapshot kat bawah nie, aku comparekan camera lama aku Lumix G1 ngan one of the Lumix best selling kat Malaysia , Lumix GF1:

Mengikut review nie, GF1 lagi OK dari G1. Tapi, waktu aku beli G1, GF1 belum kuar lagi. Lagipun, GF1 takde articulate LCD, and GF1 lagi mahal....

Hhahahahahha!!!! Anyway, the point is, kalau kita tak sure camera mana lagi bagus untuk dibeli, website nie boleh laaa tolong. But, in the end, it still up to us, depends apa yang kita nak and berapa duit tabung yang kita ada kan????

Hhheheh... Ok, tue jer nak share, bye...

January 03, 2011

Mode: Carik Kerja...

Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah hambamu yang amat memerlukan pertolongan ini. Permudahkanlah segala-galanya.

Amin...

p/s: Nak launching Virtual Store. Tapi bila siang, busy dengan banyak benda. InsyaAllah, malam nie. Anyway, jemputlah klik di SINI. Tak beli pun takpe. Tengok-tengok jer... Oh, sekarang tengah diskaun sebab kedai baru bukak kan??? InsyaAllah, ada rezeki, banyak lagi barang yang akan ditambah....


January 02, 2011

Review: The Tourist

Malam new year hari tuh, kitorang layan citer nie kat TGV Bukit Raja. Oklaaaa kan??? Dekat ngan rumah... Dah, nak harap Shah Alam, memang hampeh laaa kan??? Takder wayang langsung!!!!

Anyway, nie sinopsis dia yang aku dapat dari SINI. Ooh, aku rasa, nie blog dari Indonesia. Layan je laaa.... Asal faham....

Film The tourist ini dibintangi oleh Johnny Deep (Frank Tupelo), artis cantik Angelina Jolie (Elise Clifton-Ward). Film ini diproduksi oleh GK Films, Spyglass Entertainment, Studio Canal.

Berhati-hatilah jika Anda tertarik berkenalan dengan orang asing pada saat liburan. Jangan sampai anda seperti Johnny Deep yang bertemu dengan seorang wanita cantik, tapi kemudian membawanya pada petualangan maut. Itulah yang dialami Deep dalam film terbarunya, The Tourist, yang juga dibintangi Angelina Jolie.

Dalam film ini, Deep berperan sebagai Frank Taylor. Dia berlibur ke Italia dan berkenalan dengan Elise Ward yang diperankan Jolie.

Dari percakapan basa basi, keduanya kemudian akrab. Bahkan, mereka sepakat menghabiskan waktu liburan bersama. Di sana, Frank mulai jatuh cinta pada Elise.

Namun tanpa sepengetahuan Frank, Elise ternyata punya maksud tersendiri. Elise memanfaatkan Frank untuk mengelabui polisi yang tengah memburu kekasihnya, Alexander, buronan kelas kakap. Apakah Elise berhasil memanfaatkan Frank? Tunggu saja tanggal mainnya, The Tourist.(ULF)



Pendapat aku pasal movie nie??? Just nice..... Cukup segala rasa, masam, masin, manis pedas semua.... Kalau expect citer nie ada boom-bang letup ngan segala C4, memang takde laaa.... Tapi cerita dia more on, terasa nak lepak kat Cafe tepi jalan kat Paris, (kalau boleh, yang depan kedai LV tue laaa kan???? heheheeh) sambil depan tue ada LCD tayang citer nie.... hehehhehe!!!! Ok, review yang sangat tak membantu!!! Hehheheh!!! Aku sangat laaaa tak reti nak komen segala... (Memang tak boleh jadik penkritik AF!!!!)

Ooh, waktu tengah layan citer nie, waktu scene kat Italy (I think kat Venice to be specific) Sayang bagitau, tempat yang dia nak pergi ialah Italy.... Isk!!!! Bila laaaa dapat kumpul duit nak pergi ek???? Aku ingat Sayang nak gi Paris, sebab aku ada rasa bersalah sebab dah 2 kali pergi Paris tapi tak bawak dia.... hahahhahahah!!!! So, sekarang, kurang laaa rasa bersalah.... hehehe!!!

Lagi satu, gandingan Angelina Jolie ngan Johnny Depp sangat laaa menjadi kan??? Johnny Depp ng
an muka selenga dia, memang sangat meyakinkan laaa.... Memang waaaayyyyy too sesuai compared awal-awal diorang nak amik Tom Cruise. Angelina lak nampak a bit kurus pada aku, dia nampak lebih seksi and haawwtttt dalam citer Mr. & Mrs. Smith. Nie pendapat aku laa.... Oh, aku juga jatuh cinta ngan English accent Angelina Jolie... hehhehe, comel!!!!

Scene kat Paris sangat mengasyikan, and by the time scene dalam train, memang aku terdejavu laaa pengalaman naik train kat UK sambil enjoy the breathtaking scenery outside.... (Banding naik train kat Malaysia, Penang-KL zaman matrix dulu, lalu belakang rumah orang jer banyak... hehehe!!!) And by the time diorang sampai Italy, aku rasa nak fly dan-dan tue jer... hehehhe!!!!

So, overall Sayang bagi 4 bintang untuk filem nie.... Aku??? Hehehhe... aku tak reti bab bintang-bintang, yang aku tau, citer nie best dan sila laaa pergi tengok...

Ok tue jer, bye!!!

p/s: Image ihsan Pakcik Google


January 01, 2011

Under Construction....

Kata new year kan???? Haruslah rumah baru... tak gitu???? Anyway, tukang penggodam nak pergi makan.... So, tinggal je laaa ek, separuh siap nih???? Kang sambung balik....

Daaa....

Merepek on New Year...

Ok, hari nie, kita bukak buku baru, tak nak sedih-sedih, ceria-ceria saja , k???? Bukak record baru dengan semangat dan azam yang baru juga....

Jadi untuk menceriakan hati ini dan yang sesiapa yang tengah membaca tuh, mari kita pakat gelak dekat gambar profile Sayang yang baru......

Bila dia tunjuk gambar gambar profile fb baru dia, serious aku gelak guling-guling tak hingat dunia!!!! Hehhehehe!!!!! Perasan sungguh!!!! Jangan nak mengada ada hati nak jadi 'raja' lagi sekali or lagi 2-3 kali yeee?????

Hhahahahahahahahhahahhahahahhahahah!!!!!!

Oh, tapi yang nie aku dah edit sikit.... kalau yang original penuh kaler.... macam lagi tak sanggup jer nak tengok!!!!! Hehhehehe!!!

Peace Sayang!!!!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kita layankan je lah gambar beliau yeee????? Gambar 3 tahun lepas di mana beliau terasa beliau sungguh kacak di waktu itu..... hehehhehehe!!!!




Hehheheheh!!!! Peace....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...