February 21, 2012

Banyak Persoalan Yang Berada Di Minda...

Banyak tanda tanya dan juga kata kerja...

Tetiba!!! Oh, ada banyak benda yang bermain kat minda aku nie...

Tapi tak terluah....

Kadang-kadang, banyak jugak soalan yang aku terima....

Tapi, even aku ada jawapan pun, still tak terluah, even to defence myself...

Sebab aku rasa, perspektif aku sangat berbeza dari orang yang mengemukakan soalan atau pandangan...

Degil atau keras kepala sebab tak nak dengar nasihat orang??? Mungkin...

Tapi aku memang tak suka dengar cakap orang pun...

Pada aku, zaman aku nak dengar cakap orang dah lama berlalu....

I might be wrong, but I strongly believe that I know where I stand...

As for now, aku memang still tak jumpa lagi benda yang aku cari...

Tapi bukan alasan untuk berputus asa...

Atau ikut apa yang dicadangkan just because it's a safe choice...

I don't want safe, but I want satisfaction...

I want to do something that people might not understand, yet so damn important...

Well, it really sounds complicated...

But it just get annoying when people just start assuming, or pushing....

With all those questions, with all those advised...

Honestly, I don't need it, and I don't even care...

Just let it be...

Just let me be me...

Biarkan si luncai dengan labunya...

Kerana hanya si luncai tahu, apa yang patut dibuat...

And if I failed, or fall along the way....

At least, I only have myself to be blame...

February 08, 2012

Aeroplane...

Anak aku gila aeroplane. Maybe sebab dari umur dia satu bulan dia dah naik aeroplane and aku sendiri menanam cita-cita untuk dia menjadi seorang pilot (dengan harapan, dia akan bawa aku jalan-jalan since aku tak puas hati lagi keliling dunia!) Ditambah pulak, dari dalam perut lagi dia memang dah naik helicopter dengan aku (kes aku pergi offshore without even knowing I was pregnant at that time!!! Siap main dengan radioactive source lagi!!! Nasib baik dia tak terencat ke apa ke!!!), waktu pregnant 4-5 bulan pulak ambik flight pergi Paris, and waktu pregnant 6-7 bulan, ambik flight balik Malaysia!!!!

So, sekarang, dia akan cam lampu aeroplane pada waktu malam, bunyik aeroplane dan lambang-lambang airplane yang ada, contoh MAS, AirAsia, British Airways, Emirates, KLM etc. Dia juga boleh membezakan macam mana aeroplane take-off dengan chopper take-off, selain macam mana nak landing!!! Selain itu, dia hanya berminat model aeroplane yang betul-betul replika, setakat mainan biasa, bo jalan!!! Sikit masa lagi, aku rasa aku dah boleh ajar dia Boeing 737, 747, Airbus 380 yada yada.... Sungguh tinggi cita-cita aku dalam nak menjadikan anak aku seorang pilot!!!

Ok, ceritanya, sejak bekerja dengan gaji yang okey-okey, aku macam telah menanam azam untuk bercuti menaiki aeroplane pada setiap tahun, tak kisah lah domestic atau international. Sampai 2010, aku masih ok walaupun dalam keadaan menganggur. Selepas itu, dengan ekonomi keluarga aku yang sangat tidak stabil, aku hanya pasrah, taklah terasa sangat pun, sebab bercuti pada aku, cuma kalau ada duit lebih... Waktu 2011, kami masih lagi berkesempatn untuk menaiki aeroplane (Faheem berusia 2++ tahun ketika ini) ke Sabah atas tajaan kompeni bapak mertuaku. Inilah waktu paling diingati Faheem kerana sebelum ini, dia masih terlalu kecil untuk memahami.

Sejak trip ke Sabah, kami hanya mampu memandang kapal terbang berterbangan di udara di samping cuma mampu untuk sampai ke KLIA bagi menghantar atau menjemput adik aku yang belajar di Dublin, mak ayah dan adik-adik pergi menunaikan umrah, atau mertua yang mengerjakan haji. Begitupun, trip-trip ke KLIA inilah yang sangat ditunggu-tunggu oleh Faheem, apatah lagi apabila lagu favourite dia, Ilusi nyanyian Adira mengambil tempat di airport. Itu sudah cukup untuk anak aku mengecam setiap sudut yang perlu ada di airport.

Semakin anak aku membesar dan semakin petah dia berkata-kata dia dalam pelat, dia sering mengutarakan soalan ini, 'Mummy, nak pergi airport, nak naik aeroplane'.Pada mulanya aku agak terdiam, memikirkan keadaan kewangan sekarang yang memang tidak membolehkan kami membeli tiket kapal terbang lagi. Jadi, aku hanya memberikan janji palsu kepadanya 'Okey, nanti Mummy beli ye?'. Sehinggalah di suatu hari, dia pernah membuat aksi meraung di pintu masuk sebab nak ikut Uncle Ami balik ke Dublin.

As time goes on, sepertimana aku benci janji palsu, jawapan aku mulai realistik kerana aku sudah tidak mahu menyembunyikan keadaan sebenar dari anak aku lagi. Aku mahu dia lebih memahami dan berfikir seiring dengan kedewasaan, tidaklah bila dia meningkat dewasa, dia tak faham akan erti jerih pedih kehidupan... Jadi apabila aku diaju solan darinya seperti 'Mummy, Faheem nak naik aeroplane', dengan hati yang sedikit pilu, aku akan balas persoalannya dengan jawapan ini 'Faheem sabar ye, nanti Mummy kumpul duit banyak-banyak, kita naik aeroplane sama-sama ye....?' dan Faheem sering membalas dengan ayat ' Ooo, OK...'

Dan baru-baru ini, apabila menghantar kedua ibu bapaku untuk ke event White Coat Ceremony adikku di Dublin, Faheem seakan mengerti yang dia hanya menghantar, dan bukan menaiki aeroplane. Dia cuma akan melambai ke arah semua aeroplane yang dia nampak dan menyatakan 'Bye Nenek, bye....' Ada juga dia menyatakan nak naik aeroplane, katanya sebab nak ikut nenek, tapi aku malas nak layan, so aku abaikan saja...

Sehinggalah, 2-3 hari lepas, apabila Faheem ternampak iklan krim Vaseline ditayangkan di televisyen, mengenai seorang pramugari dan tugasnya yang long hours di dalam kapal terbang yang memerlukan beliau menggunakan krim Vaseline sebagai penyelamat! Dan ababila scene dia dalam aeroplane itu ditayangkan, Faheem dengan pantas berkata ' Eeee Mummy, aeroplane.... Faheem nak naik jugak.....' Ok, aku diam dan seterusnya dia menyambung lagi.... 'Ok, takpe eh??? Nanti Mummy simpan duit banyak-banyak nanti kita naik eh???'

Ok, aku absolutely speechless!!!

P/S: Faheem sudah memahami apa itu duit sebab setiap kali dia mahu membeli jajan, aku akan bagi duit dekat dia untuk dia bayar kepada cashier!!!

February 03, 2012

Tiba-tiba...

Bila nampak scenery ni kat Port Klang, aku rasa sangat-sangat rindu nak pergi offshore balik...

Agak-agak ada tak can lagi nak pergi???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...