January 26, 2011

Jangan Biarkan Baby Tidur Meniarap... Ianya mengundang COT DEATH

Lately, banyak sangat dengar pasal baby meninggal akibat tersedak susu or meninggal tetiba ajer.... Pagi elok sihat wal'afiat, bila tidur, tetiba jer biru.... tau-tau dah ... (sila sambung sendiri sebab tak sanggup!)

Anyway, nak kongsi cerita, waktu aku pregnantkan Faheem dulu (nearly last 3 years, in sweet u'll be missed forever, Aberdeen), soon to be parents memang diberi antenatal class secara percuma. Antara topik yang dibincangkan ialah betapa pentingnya untuk kita 'burp'kan babay, cara-cara nak 'burp'kan baby and SIDS. SIDS nie maksudnya Sudden Infant Death Syndrom atau kat UK diorang panggil COT DEATH (kira meninggal dalam baby cot laaa...).

Antara cara untuk elakkan kot death ialah
  • baby bawah 6 bulan perlu tidur dalam baby cot or crib -banyak mums, especially bf mums (tak yah orang lain, aku pun!) rasa lebih 'senang' kalau anak tidur sekali, ye laaa.... senang nak susukan malam-malam kan??? tapi nie bahaya sebab takut terhempap baby sendiri or tertutup ngan selimut yang boleh menyebabkan lemas
  • meletakkan baby cot di dalam bilik parents so that parents lebih alert dengan baby -mat saleh kan suka ada bilik baby sendiri bagai, so, baby diorang tidur sendiri kat bilik baby and diorang akan letak monitor system kat situ...
  • menidurkan anak seperti gambar dibawah -kiranya, kaki baby yang dekat hujung katil dan bukan kepala baby dekat kepala katil. selimut pulak haruslah di bawah paras bahu dan selitkan tepi selimut celah tilam. ini untuk elakkan baby anda termasuk bawah selimut dan berisiko untuk lemas (gila gigih aku lukis gambar nih kat Paint) dan baby anda haruslah tidur dalam keaadan TERLENTANG dan BUKAN meniarap


Ini je laaa yang aku ingat. Nak carik pamplet yang diorang bagi memang harapan laaa kan, since pindah, semua pun dah tak tahu locate kat mana. Anyway, kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca kat SINI.

Sebenarnya dah lama nak share pasal benda nie since ada terbaca pasal baby yang meninggal sebab pengasuh biarkan baby tidur terlangkup. Tapi MALAS!!! Hampeh kan aku nie??? Lepas tuh, tak lama dulu, ada terbaca entry dekat http://buatmuanakku.blogspot.com pasal SIDS. So, hari tetiba angin rajin datang, so aku share laaa kat sini.... heheheh!!!


Anyway, nie yang aku kopipes dari blog tersebut:

Apa itu SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)?
SIDS adalah kematian secara tiba-tiba, untuk bayi yang berumur kurang dari setahun, yang tak dapat dijelaskan selain dari siasatan secara mendalam...Maksudnya, baby memang nampak sihat je sebelum ni dan tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit.

Apa pula `Stomach Sleeping`?
`Stomach Sleeping` ni bahasa inggeris..Bahasa mudahnya, bayi yang tidur dalam keadaan MENIARAP..

Apa kaitan SIDS dan `Stomach Sleeping`?
Membiarkan baby tidur meniarap akan meningkatkan risiko SIDS..Memang ada pelbagai lagi faktor yang menyebabkan SIDS seperti bayi pra-matang, bayi yang lahir tak cukup berat, bayi yang terdedah kepada asap rokok, tetapi `TIDUR MENIARAP` adalah faktor utama penyebab SIDS...Melalui penyelidikan yang telah dilakukan oleh ramai penyeledik, bayi yang tidur meniarap, lebih ramai yang kena SIDS berbanding bayi yang tidur terlentang atau mengiring...Ibu-ibu boleh baca research yang dilakukan mengenainya disini. (klik disini)

Kenapa tak boleh beri baby kita tidur meniarap?
  1. Baby adalah `abdominal breather`, iaitu bernafas dengan bantuan otot abdomen...Bayangkan bila kita beri baby tidur meniarap, maka, ia akan menyukarkannya untuk bernafas...
  2. Bila baby tidur meniarap, udara yang dihembuskannya (karbon dioksida) akan berkumpul..Membentuk seperti poket udara di keliling mulut baby...Terutamanya bila baby tidur di atas tilam yang lembut, selimut dan dikelilingi oleh `soft toys`... Jadi karbon dioksida yang berkumpul itu akan disedut kembali oleh baby...Menyebabkan, kadar oksigen dalam darah menurun...Untuk pengetahuan semua, ketidakmatangan sistem pernafasan baby menyukarkannya untuk adapt dengan jayanya terhadap poket karbon dioksida yang membentuk itu...atau apa-apa saja yang halang baby dari bernafas..Macam orang dewasa, bila terjadi situasi begitu, automatik kita akan ada coping mechanism..Terlentang ke...Ubah posisi ke...Walaupun dalam keadaan tidur..TETAPI BABY TIDAK BEGITU...
  3. Tidur meniarap memberi tekanan pada rahang baby menyempitkan salur pernafasan, lalu menyukarkan baby bernafas..
Mitos dan Fakta tentang tidur meniarap...
  1. Mitos: Bayi akan tersedak susu kalau muntah...Fakta: Mengikut AAP (American Academic of Pediatrics)..Bayi yang lahir cukup bulan dan sihat tidak akan tersedak susu mahupun dengan air liur yang berkumpul jika tidur terlentang...Boleh rujuk di sini ye..(klik disini)
  2. Mitos: Bayi tidur lena...Memang tak dinafikan tentang ini...Fakta: Banyak lagi cara yang boleh dilakukan supaya bayi tidur lena..Contohnya, iringkan bayi, malapkan lampu...Alihkan segala gangguan yang ada seperti perlahankan TV, radio dan etc..
  3. Mitos: Elak perut kembung..Fakta: InsyaAllah, kalau breastfeed baby, kemungkinan untuk kembung itu amatlah tipis..Untuk yang masih belum berpeluang Bf baby, anda boleh pastikan baby tak kembung dengan burp baby..atau beri susu yang sesuai dengannya...
Jadi, macam mana ye kalau baby saya nak tidur meniarap juga?
Boleh, bukan tak boleh langsung tau..Bila baby dah boleh meniarap dan terlentang semula, biasanya dalam umur 4-7 bulan ,mereka tidak akan stay tidur terlentang sepanjang malam...Waktu ini, tidak mengapa jika membiarkan mereka memilih posisi yang mereka inginkan..Bukan yang kita inginkan tau..Maksudnya, bukan dengan sengaja, kita yang letak baby kita tidur meniarap...

Original article

Ok, aku harap sangat artikel nie dapat membantu, dan marilah kita bersama-sama kita membenteras COT DEATH/ SIDS.

Bye...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...