February 13, 2010

Yeay!!!

Album dari Munirah untuk Faheem punya finger painting dah sampai.... Sangat suka!!!

Okey bye, nak pergi bercuti!!!

February 11, 2010

Macam-Macam Faheem….

Firstly, ake sebenarnya sangat hangin sebab aku dah penat-penat tulis entry nih, tetiba takleh upload dan terus hilang!!! UGGGHHH!!!! So, sekarang aku tengah tulis entry nie kat Words, and nanti, aku copy paste jerk at blog.

1) Faheem dah 14 bulan…

Tapi, still takleh jalan…. Huhuhuhuh!!! Sedihnya aku bila tengok bebudak yang lebih kecik dari Faheem dah terkedek-kedek berjalan, tapi aku redha je laaa…. Kang dia dah jalan, dok lari sana sini, sibuk masuk dapur kacau aku masak, aku pulak yang pening!!!! Sekarang nie, dia dah diri sikit-sikit…. Chaiyuk Chaiyuk!!!!



2) Birthday Party Faheem….

Party laaa sangat kan!!! Sebenarnya gabung jer sekaligus untuk open house raya haji, housewarming party and birthday party Faheem…. Kitorang buat on 29-Nov-09, sehari sebelum Faheem’s actual birthday sebab hari Ahad….. Makanan yang dihidangkan ialah nasi beriyani (catering Nasi Beriyani Annur Kampung Baru), pasta untuk kids, kek coklat, pulut kuning (MIL sponsor), buah (parents aku sponsor), coklat and sweets. Plan nak goring nugget and fries tapi tak dan sebab tetamu datang tak lama lepas makanan sampai, gambar makanan tak sempat tangkap!!! Aku sediakan jugak dalam 40bungkus goodie bags untuk kids, tapi lupa plak nak amik gambar…. Hish!!! Takpelah…. Yang penting, Alhamdulillah, makanan semua habis, takder membazir, goodie bags pun ada balance sikit-sikit yang akhirnya dihabiskan oleh adik-adik aku!!!! (Aku ada simpan untuk Wafiy, Liza, tapi asyik cancel jer plan nak keluar sama-sama, last-last sapan…. Hahahhah!!!) Antara tetamu yang hadir ialah jiran-jiran keliling rumah (mak bapak aku laaa yang layan, since diorang dah kenal lama…. Hahahha!!!) Sedara-mara belah aku and Sayang, kawan-kawan UNITEN aku, and kawan-kawan Sayang…. Terima kasih laaa pada yang sudi datang, kalau ada kurang tue, sorry ek..?! Next time, insyaAllah, kalu ada rezeki, boleh buat lagi…. Hehehhe!!!! (Gambar birthday nanti-nantila aku update kat entry lain... Sebab takkan nak letak sekeping dua je kan????? Tapi nanti tue tak tau laaa bila..... hahahhaha!!!!)


3) Faheem potong rambut…..

Aku dah naik menyampah bila pergi mana-mana orang asyik ingat anak aku girl… (jambu sangat ke muka Faheem???) So, Sayang cakap, lepas birthday Faheem, kita togelkan rambut dia!!!! Yeay!!! Dengan Daddy sekali ditogelkan…. Hahahahhaha!!!!



4) Faheem kena masuk hospital…

Since after birthday Faheem kan cuti sekolah, so aku ngan Faheem (Sayang kadang-kadang berulang, kadang-kadang lepak Shah Alam sorang-sorang… hehehhe!!!) banyak lepak Batu Caves/ Setapak. So, ada sehari tue, family aku plan nak hantar aku and Faheem balik Shah Alam, kitorang gi Shopping kat Giant Kota Damansara. Waktu tue, Faheem happy jer, tapi bila sampai jer rumah, tetiba badan dia macam panas. Terus kitorang bawak Faheem gi Poloklinik As-Salam kat Seksyen 19. Temperature dia 37.9degC. Hambik ko!!! Ni lah temp. paling tinggi pernah Faheem kena. Biasa kalau demam, dalam 37.6degC jer. Terus Dr. bagi ubat bont*t! Lepas tue Dr. ada bagi paracetamol untuk bagi kat Faheem dalam pukul 3.00am. Tapi kitorang tertidur and aku terjaga dalam pukulpeluk Faheem se 4.00am sebab Faheem merengek nak susu. Aku rasa badan dia panas, tapi sebab aku mamai and aku peluk Faheem sepanjang malam, so, aku tak sure panas mana. Aku pun mintak laa Sayang turun bawah ambik ubat Faheem. Tapi, sebab Sayang mengantuk, Sayang mintak aku yang turun ambik ubat and dia jaga Faheem. Aku pun turun laaa ambik ubat, tapi by the time aku sampai atas, Sayang dah keluar bilik ngan Faheem, suruh siap-siap nak pergi balik As-Salam sebab Faheem tak kebah and bertambah panas. Kitorang pun pergi sana and another ubat bont*t untuk Faheem. Dr. tanya nak masuk wad tak? Since kitorang rasa kat hospital lagi terjaga, kitorang pun OK jer. Malangnya insurans kitorang (Prudential BSN) tak cover kat situ. So, dia pun buat reference letter untuk KPJ Selangor kat Seksyen 20. So, teruslah kitorang gegas ke sana pulak… Lepas setel semua, kitorang pun berkampung laaa kat KPJ Selangor untuk 5 hari…. Kitorang buat semua test untuk Denggi, H1N1 & Rotavirus. Yelah zaman sekarang kan, risau!!! Macam-macam boleh jadik… Alhamdulillah, semua negative, cuma demam virus yang virusnya sangat laa kuat…. Yang penting Faheem sihat…. Sajelah aku nak selit kepentingan insurans kat sini. Bil hospital Faheem total RM2k++, tapi we end up kena bayar RM500 jer. OK la tue kan??? Still, RM500 tue banyak, tapi, kalau takder insurans??? LU PIKIR LA SENDIRI!!!



5) Faheem Suka Karaoke…

Hehheheheh!!! Sebenarnya, dari Faheem less than 6 months kitorang dah belasah bawak Faheem gi karaoke sebab rasanya bawak karaoke lebih senang nak handle kut dari bawak wayang (even Faheem dah pergi tengok wayang 3 kali!!!) Tapi, biasa tak laa bawak gi Red Box, bawak gi Song Box kat Jusco AU2 jer… sebab murah, tak sampai RM10 sorang…. Hehehehhe!!!! And, Faheem SAANGAAAATTT laaa suka berkaraoke!!!! Hehehhehe!!! Influence dari Ibu Mertuaku sangat-sangat!!!! Hahhahaha!!! Kalau Faheem dah pegang mic, jangan laaa ada orang nak ambik mic dari dia!!! Perlu ada 1 mic khas untuk dia hokey??!!!!! Nanti tengah syok-syok layan lagu, tetiba dengar laaa suara halus aaaa… aaaa… uuuu…. Uuuu…. Hehhehe!!!! Lepas tue, pantang dengar lagu kat TV, baik iklan atau apa saja, nanti dia genggam tangan dia, konon tengah pegang mic laa tue…



6) Faheem suka Vitagen

Yang nie sajer jer…. Aku rasa semua kids suka Vitagen kut. Cuma, sebab aku dah ajar dia minum guna straw since dia umur 6 bulan (waktu kat UK, aku ajar minum jus Innocent, rindunya nak minum Innocent!!!! Huhuhu!!!). Aku start bagi Vitagen bila Faheem dalam 8-9 bulan kut, sebab waktu tue dia ada masalah digestion, so, aku baca, bagus laaa bagi Vitagen nie sebab dia ada lactobacillus. And since that, Alhamdulillah, dia punya digestion dah agak bagus….



7) Faheem Swimming….

And he loves it sooooo much!!! Cuma kena carik pelampung lain atau swimming suit yang lain kut…. Yang nie dia macam tak puas hati sebab badan dia tak kena air…..



Aku rasa dah banyak kut, cerita untuk Faheem. Hishhh!!! Bertahun nak update entry nie….. Nanti-nanti aku update gambar lak ek…????

February 01, 2010

Apa Faheem Buat Sabtu Lepas???

Sekarang tengah duduk kat Setapak and tak bawak laptop... Tapi excited nak bagitau 1 dunia pasal aktiviti Faheem Sabtu lepas. Tapi malas laaa pulak nak update bagai. Tapi nak jugak.... hehehhe!!!! Berapa banyak tapi daaa.....

Apa-apa pun, sila laaa klik SINI kalau nak tau.... Lagi pun, tak banyak ambil gambar sendiri, yelaaa tangan baju segala habis kotor melayankan Faheem... Lagipun, dah ada pro yang tukang ambik gambar, biar laa buat kerja dia ye tak??? Hehhehe...

Apa-apa pun, thanks a lot to Munirah & Farah for the great session.... I yang terover excited lebih.... hehehheh!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...