October 06, 2010

Rokok vs Handbag

****Entry ini tidak ditujukan untuk siapa-siapa!!! Just for fun....

Harga rokok naik lagi, tapi, adakah perokok-perokok tegar akan insaf??? Nah!!! I don't think so!!!! Aku tulis cuma nak buat perbandingan harga... Bukan apa, harga rokok sekarang, average dah RM10!!!! Untuk surirumah tangga macam aku nie, pendapatan isi rumah hanyalah dari 1 sumber, iaitu dari para suami. Menjadi isteri yang sangat bertimbangrasa, apatah lagi yang hanya terperap kat rumah, yang saaaangat jarang-jarang keluar rumah dan pergi dinner mana-mana atau berjimba, kami sebenarnya sangat tak sampai hati nak mengepow duit para suami untuk membeli handbag branded terbaru di pasaran. Sekurang-kurangnya, Guess, tapi hati teringin kat Coach, LV, lagi cantik, ke Prada?????? Hahhaha!!!!! Tapi, ye laaaa, bukan pakai sangat pun, jadik buat apa nak membazir kan???? (Mengikut fikiran rasional Sang Isteri) Oooo.... tapi nak buat disclaimer awal-awal kat sini, my Sayang langsung tak terlibat dalam golongan yang bakal disebutkan di bawah sebab dia memang ada bagi allocation untuk beli handbag baru setiap tahun.... Peace Sayang.... hehehehhe!!!!

Tapi, disebabkan hati yang sangat teringin, apatah lagi birthday or anniversary dah nak dekat, bilalah lagi nak beli handbag mahal ye, tak???? Maka hasrat hati pun diluahkan pada suami tercinta.... 'Bie, I nak beli handbag baru laaaa Bie, yang besar sikit, senang nak sumbat pampers anak segala.... tak yah bawak banyak-banyak bag nak gi jalan...' (See, niat sangat baik, untuk bawak barang anak!!!!)

Malangnya, sang suami pun membalas, 'Sorrylah Yang, sekarang nie kan baru lepas raya, mana ada duit, susu anak lagi (tak apply untuk yg BF!!!), bil letrik lagi, astro lagi....' sambil menghembus asap rokok, memecahkan keheningan malam.....

So, sekarang.... only apply kepada isteri para perokok, tanya suami, seminggu berapa kotak rokok yang dihisap (Aku tanya Sayang, dia kata dalam 2 kotak) So, kalau 2 kotak seminggu, dalam setahun, jumlah yang dihabiskan untuk rokok adalah 2 kotak x RM10 x 52minggu = RM1040 Wah!!!!!!!! tue dah boleh beli handbag Coach dahtue!!!! (nak yang best, beli jer online, banyak yang murah-murah!!!!) Seee???????? Imagine how much smokers really wasting their money!!!! I mean, kalau handbag, 10 tahun boleh pakai lagi, betul takkkk?????

Maknanya, kalau kurang-kurang suami anda menghisap sekotak rokok seminggu, ini bermakna, dia telah menggunakan sebanyak RM520 setahun bagi tujuan MEROKOK!!!! So, sebenarnya, walau sekecil mana pun gaji para suami, sekiranya dia mampu untuk membeli rokok, maka dia sepatutnya mampu untuk bagi duit untuk anda membeli handbag (or baju, or perfume, atau apa saja!!!!) Itulah kesimpulannya.... hehhehehehe!!!! PEACE!!!!

p/s: Bila aku cakap ngan Sayang pasal nie, dia cakap, kalau seseorang tue mampu beli rokok, takde alasan untuk dia complaint gaji kecik/ tak cukup sampai tak boleh nak bayar zakat pendapatan/ zakat harta atau tak mampu nak menghulurkan sedekah/ derma.... Insaf!!! Insaf!!!!


OR

Gambar adalah dari Pakcik Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...