September 24, 2010

Review: Magika...

Petang tadi, aku ngan adik ipar aku, Ayu pegi layan tengok Magika kat GSC OU. Satu jer aku nak kata, jom laaa support tengok ramai-ramai, memang tak menyesal!!!!

Kalau sesiapa yang suka tengok musical movie macam Hairspray ngan Rent, memang akan layan laaa kan movie nie...

Cerita dia bermula bila Diana Danielle (Ayu) mengangkat kain di halaman rumah, sambil adik dia Malik macam rebel gitu.... Diorang 2 orang memang selalu bergaduh. Yang kakak rasa adik dia nie degil and taknak dengar cakap, yang adik pulak rasa kakak dia bossy and asyik nak bising-bising aje. Lagi pun, adik dia nie terasa yang semua orang asyik salahkan dia sebab menyebabkan mak dia mati... So, dah gaduh-gaduh tue, adik dia pun lari ke belakang rumah... Pastu, dia terjumpa satu perigi lama and dia dengar macam ada orang nyanyi-nyanyi dalam tue.... Dia bukak perigi tue, ntah macam mana, dia terjatuh and termasuk laaa kat dunia Magika.... Bila dah jatuh, nenek kebayan (Ziana Zain) tangkap dia untuk jadikan airmata Malik nie sebagai ramuan jamu kekal muda...

Yang kakak pulak, pergi carik si adik, ternampak perigi tue, syak adik dia dah jatuh perigi, dia pun ikat diri dia and masuk dalam perigi. Malangnya, tali yang ikat dia tue terputus, so, dia pun jatuh dan masuk jugak ke dunia Magika....

Kat dalam Magika, dia jumpa dayang-dayang kembar yang cantik (Maya Karin) yang tengah nyanyi-nyanyi kat tepi tasik. Lepas tue dia terjumpa Pak Pandir (Aznil) and Mak Andeh (Raja Azura). Lepas tue dia terserempak dengan Mahsuri (Vanidah Imran) yang cakap Siam and Awang (Norman Hakim) yang carik Dayang (Lembing Awang Pulang Ke Dayang), tertikam Mahsuri.... Lepas terjumpalah pulak Tuah 5 saudara (Senario, Apek, Lan, Azlee, Ilya, Hamdan)... Dah elok-elok Tuah nak tolong, kena laaa pulak kejar ngan anjing.... So, diorang pun cabut lari sampai Ayu termasuk perangkap yang Si Badang (Mawi) pasang..... Lepas tue, Ayu pun merayu kat Badang suruh tolong dia.... Badang memula refuse, tapi lepas tue, dia kesian.... So, diorang pun teruskanlah journey untuk carik Malik....

Okey, penat dah nak tulis.... the rest pergilaaa tengok sendiri.... yang menariknya, setiap watak yang Ayu jumpak, diorang akan menyanyi, bukan stok nyanyi cam Hindustan, tapi nyanyi part of jalan cerita... paham tak???? Kira tak bosan laaa cerita nie... Faheem pun memula layan, tapi pastu, elok dia tidur sampai abih cerita... Ceh!!! Nasib dia masuk free!!!

Tak retilaaa nak cakap apa lagi, tapi tengok jer laaa... memang best!!! Heheh!!! Cuma satu jer yang adik ipar aku komen, lagu dia cam lebih kurang sama aje from one another!!! Hehehhe!!! Pada aku ok jer, cuma some lagu tue memang standard lagu KRU laaa kan???? Sebab dia budget lagu macam stok-stok High School Musical....

Anyway, 2 thumbs up to Edry and KRU sebab berani bawak perubahan dalam industri perfileman Malaysia.... memang segar dan lain dari yang lain.... jangan laaa compare ngan Hollywood, diorang memang dah gempak.... tapi kalau tahap filem Melayu, aku boleh bagi 4.5 bintang laaa.....

Akhir kata, kalau nak tengok trailer sila ke SINI

p/s: Updated: Aku memang failed laaa bab review nih!!! Anyway, apa yang best eh pasal citer nie???? Og course laaa lagu-lagu yang sedap lagi catchy(kata kipas-susah-mati KRU), sinematografi yang saaangat cantik.... warna dekat alam Magika yang sangat colourful, sesuai untuk tarik minat kanak-kanak, dialog yang selamba dan mencuit hati lagi mengesankan.... (especially tang nenek kebayan.... kejam siut ayat dia, tapi kelakar...) and pelakon-pelakon yang tak poyo..... Ok, tue jer yang terfikir sekarang.... Bye!!!

September 08, 2010

Eid Mubarak....



Happy Eid Mubarak to all family, friends and whoever happen to just drop by at this blog. Hope we all have happiness during Syawal and may Allah bless...

Drive carefully, remember your loves one....

Maaf Zahir & Batin

Love,
Al Fazree Sarif, Fazillah Zulkeflee & Ameerul Faheem Al Fazree



Faheem's Raya Vocab.....

Faheem can pronounce ketupat properly.... Oooohhhh.....

September 03, 2010

Takder Mood Nak Raya....

Hish, macam-macam laaa plak jadik lately nieh.... Sampai mood nak raya habis dah terbang ke mana-mana.... Dulu, aku ingat, waktu raya kat UK, mesti bestkan raya kat Malaysia dikelilingi family dan orang-orang yang disayangi.... Tapi bila last year raya kat Malaysia, rasanya meriah lagi raya kat Aberdeen kut.... like 40juta kali lagi meriah.... takder nak gaduh-gaduh, takder nak kecoh-kecoh.... Sanggup download lagu raya & takbir raya untuk didengarkan dalam kereta/ rumah.... Sanggup tak tidur malam buat kuih raya, ketupat rendang segala... Sanggup naik bas, or tumpang ajer sesaper Malaysian untuk ke hall semayang raya or ke rumah2 untuk berhari raya.... Sanggup ponteng kelas or kerja sebab nak beraya.... Siap buat fotografi edisi khas raya lagi... Tapi tulah, bila kat Malaysia, semua dah senang, semua pun take for granted.... Langsung tak hargai apa yang ada...

Kalau ikut hati, memang langsung malas nak beraya... Tapi, tak baik pulak kan...??? Ni je laaa masa nak jumpa orang yang jarang-jumpa.... Kalau setakat nak balik kampung, apalaaa sangat, kampung kitorang kat Batu Caves/ Setapak jer pun.... nie kampung yang ada orang lain selain parents & adik beradik.... Kalau ikut hati, memang laaa semua rumah nak pergi kan??? Tapi, bila travel ngan anak kecik, kena gak jaga timing segala, kang dia buat perangai kat rumah orang, aku jugak yang malu.... So, yang mana mampu laaa... Nasib dapat husband yang understanding still nak beraya kat kampung kita, kalau tak, tunggu kucing bertanduk laaa baru dapat balik kampung, takpun, tunggu cerai atau dia mati.... hahahhaha!!!! Yelah, aku dulu belajar, kalau dah kawen, nak raya ke apa ker, kena ikut husband, that's why aku tak pernah faham kenapa orang perlu gaduh sampai bercerai-berai pasal nak balik kampung.... Ikut jer laaa cakap beliau.... Just, si husband pun, janganlaaa loklak.... kami para isteri pun pun ada mak bapak, ye tak...???? Kang duk gaduh-gaduh kang, terus husband bagi bom atom sebijik, dah tak yah raya..... duk rumah senyap-senyap sudah.... camno?????

Kadang-kadang, aku pun dah naik pening, sedaya upaya aku cuba jaga hati semua orang bagi adil, saksama segala... tapi, ada orang kisah hati aku???? Kadang-kadang pasal orang lain, kitorang gaduh laki bini.... tensi sungguh!!!! And kadang-kadang, apa yang aku nak terpaksa diketepikan bulat-bulat supaya semua orang keliling aku happy.... Tapi yelaaa, aku pun manusia biasa.... bukan sempurna pun, tak mampu pun nak buat semua orang happy ngan keputusan aku... Tapi, nak tak nak, keputusan perlu diambil, betul tak???

Dah melalut jauh dah aku nie.... Okeylah.... untuk yang membaca (berapa ciput sangatlaaa kan????) Salam Aidilfitri, mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.... moga beroleh keberkatan di Aidilfitri kali ini... Hargailah Ramadhan dan Syawal, kerana tak tau sampai bila kita boleh menikmatinya lagi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...