September 24, 2010

Review: Magika...

Petang tadi, aku ngan adik ipar aku, Ayu pegi layan tengok Magika kat GSC OU. Satu jer aku nak kata, jom laaa support tengok ramai-ramai, memang tak menyesal!!!!

Kalau sesiapa yang suka tengok musical movie macam Hairspray ngan Rent, memang akan layan laaa kan movie nie...

Cerita dia bermula bila Diana Danielle (Ayu) mengangkat kain di halaman rumah, sambil adik dia Malik macam rebel gitu.... Diorang 2 orang memang selalu bergaduh. Yang kakak rasa adik dia nie degil and taknak dengar cakap, yang adik pulak rasa kakak dia bossy and asyik nak bising-bising aje. Lagi pun, adik dia nie terasa yang semua orang asyik salahkan dia sebab menyebabkan mak dia mati... So, dah gaduh-gaduh tue, adik dia pun lari ke belakang rumah... Pastu, dia terjumpa satu perigi lama and dia dengar macam ada orang nyanyi-nyanyi dalam tue.... Dia bukak perigi tue, ntah macam mana, dia terjatuh and termasuk laaa kat dunia Magika.... Bila dah jatuh, nenek kebayan (Ziana Zain) tangkap dia untuk jadikan airmata Malik nie sebagai ramuan jamu kekal muda...

Yang kakak pulak, pergi carik si adik, ternampak perigi tue, syak adik dia dah jatuh perigi, dia pun ikat diri dia and masuk dalam perigi. Malangnya, tali yang ikat dia tue terputus, so, dia pun jatuh dan masuk jugak ke dunia Magika....

Kat dalam Magika, dia jumpa dayang-dayang kembar yang cantik (Maya Karin) yang tengah nyanyi-nyanyi kat tepi tasik. Lepas tue dia terjumpa Pak Pandir (Aznil) and Mak Andeh (Raja Azura). Lepas tue dia terserempak dengan Mahsuri (Vanidah Imran) yang cakap Siam and Awang (Norman Hakim) yang carik Dayang (Lembing Awang Pulang Ke Dayang), tertikam Mahsuri.... Lepas terjumpalah pulak Tuah 5 saudara (Senario, Apek, Lan, Azlee, Ilya, Hamdan)... Dah elok-elok Tuah nak tolong, kena laaa pulak kejar ngan anjing.... So, diorang pun cabut lari sampai Ayu termasuk perangkap yang Si Badang (Mawi) pasang..... Lepas tue, Ayu pun merayu kat Badang suruh tolong dia.... Badang memula refuse, tapi lepas tue, dia kesian.... So, diorang pun teruskanlah journey untuk carik Malik....

Okey, penat dah nak tulis.... the rest pergilaaa tengok sendiri.... yang menariknya, setiap watak yang Ayu jumpak, diorang akan menyanyi, bukan stok nyanyi cam Hindustan, tapi nyanyi part of jalan cerita... paham tak???? Kira tak bosan laaa cerita nie... Faheem pun memula layan, tapi pastu, elok dia tidur sampai abih cerita... Ceh!!! Nasib dia masuk free!!!

Tak retilaaa nak cakap apa lagi, tapi tengok jer laaa... memang best!!! Heheh!!! Cuma satu jer yang adik ipar aku komen, lagu dia cam lebih kurang sama aje from one another!!! Hehehhe!!! Pada aku ok jer, cuma some lagu tue memang standard lagu KRU laaa kan???? Sebab dia budget lagu macam stok-stok High School Musical....

Anyway, 2 thumbs up to Edry and KRU sebab berani bawak perubahan dalam industri perfileman Malaysia.... memang segar dan lain dari yang lain.... jangan laaa compare ngan Hollywood, diorang memang dah gempak.... tapi kalau tahap filem Melayu, aku boleh bagi 4.5 bintang laaa.....

Akhir kata, kalau nak tengok trailer sila ke SINI

p/s: Updated: Aku memang failed laaa bab review nih!!! Anyway, apa yang best eh pasal citer nie???? Og course laaa lagu-lagu yang sedap lagi catchy(kata kipas-susah-mati KRU), sinematografi yang saaangat cantik.... warna dekat alam Magika yang sangat colourful, sesuai untuk tarik minat kanak-kanak, dialog yang selamba dan mencuit hati lagi mengesankan.... (especially tang nenek kebayan.... kejam siut ayat dia, tapi kelakar...) and pelakon-pelakon yang tak poyo..... Ok, tue jer yang terfikir sekarang.... Bye!!!

2 comments:

Qarl said...

yup

lagu2 dlm movie ni best!

sgt suke MAGIKA sbb ada ziana zain. mimik muka die mmg buat gelak je

FaznFaz said...

kan???? rasanya ini watak ZZ yang terbaik setakat nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...