November 25, 2009

BODOH Punya Ketua Pengawas Peperiksaan!!!

Petikan Berita Harian Selasa, 24-Nov-2009

Calon SPM dihalang guna kalkulator

Oleh Ravale Savarinathan
bhnews@bharian.com.my

Pelajar Smart tidak dibenar bawa Casio 570ES, 570MS jawab soalan kertas Matematik

TELUK INTAN: Seramai 89 ibu bapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (Smart) di sini kesal dan kecewa dengan tindakan penyelia peperiksaan sekolah itu menghalang calon menggunakan kalkulator jenis Casio 570ES dan Casio 570MS untuk ujian Matematik 1 dan Matematik 2, semalam.

Selain ibu bapa, ada calon dikatakan menangis ketika keluar dari dewan sekolah kerana terlalu kecewa berikutan calon lain di semua 23 pusat peperiksaan di daerah Hilir Perak tidak dikenakan larangan berkenaan.

Pengawal keselamatan dari Kampung Selabak, Hamzah Jumari, 55, berkata anak perempuannya menangis teresak-esak ketika menelefonnya jam 9.30 pagi sambil memintanya segera membelikan satu mesin kira-kira jenama Casio model 350.

"Dia memberitahu saya ketua pengawas pusat peperiksaan melarang calon menggunakan model 570 dan hanya model 350 saja boleh digunakan.

"Anak saya beritahu kebanyakan soalan kertas Matematik 1 tidak dapat dijawab dengan tepat kerana ketiadaan kalkulator. Saya terpaksa bergegas ke bandar Teluk Intan untuk mendapatkan kalkulator itu dengan harga RM40 tetapi ia hanya dapat digunakan untuk Matematik 2," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kerani syarikat swasta, Sarina Sutan Ahmad Nawi, 42, pula berkata anaknya terpaksa menjawab semua soalan kertas Matematik 1 dan 2 tanpa mesin kira-kira kerana beliau tidak dapat keluar pejabat ekoran dibebani tugas penting serta kedudukan pejabatnya yang terlalu jauh dari bandar.

Apa kes sengal batu punya Ketua Pengawas Peperiksaan (KPS) nie??!!!! Tak pergi sekolah ke, atau mengajar PE sampai tak tahu membezakan antara programmable atau non-programmable calculator (programmable calculator is not allowed for the SPM exam)???!!!! Lagi satu, kementerian tak keluarkan ke garis panduan yang menyatakan semua nombor siri kalkulator yang dibenarkan atau tidak untuk SPM??? Lepas tue, apa yang KPS nie sengal batu sangat??? Bukannya sorang dua yang bawak kalkulator tue, TAPI 89!!!!! Takkan tak fikir mesti ada something wrong somewhere.... Kalau tak tau, rujuk laaa dengan yang tahu, tanya laa panggilJabatan Pelajaran ke, Lembaga Peperiksaan ke, handphone ada guna buat apa???? Nie laaa yang orang panggil BODOH SOMBONG!!!!!! In fact, tak salah aku, semua sekolah ada menyediakan kalkulator spare utk kegunaan murid. Tak boleh ker si KPS bangang pergi tanya cikgu sekolah bertugas yang budak2 nie bawak kalkulator yang salah and perlukan kalkulator pinjam (as if!!! sedangkan sah2 kalkulator yang bebudak nie bawak memang dah sah2 boleh bawak masuk dewan exam!!!) Pengawas Peperiksaan lain selain dari KPS nie pun takkan tak tau yang kalkulator nie memang boleh bawak masuk? Tak pergi taklimat ker???

Memanglaaa SPM is not the end of the world, in fact SPM aku dah lepas 10 tahun dulu and result aku pun hampeh jer... Tapi, it is still the beginning of the youth future!!!! Aku sangat marah and emo pasal nie... Tapi seriously, my anger and emotional feelings berasas!!! Even my parents, my smart sister who got almost all A1 in her SPM pun agreed with me. Even my Sayang yang memang susah nak nangis pun menitiskan air mata memikirkan nasib bebudak nie...!!!! Kalaulaa adik aku yang ambil SPM tahun nie dapat KPS sengal batu macam nie, serious, aku sue dia kat court!!!

Yang tambah aku tension, paper2 hari nie lebih fokuskan hal politik yang tah hapa2, hal Chin Peng yang jelas org Malaysia tak nak terima dia, so dah2 laa tue, he got the message already!!! dari buat follow up cerita penting nie.... Ni kes masa depan generasi muda!!! Mana tau, kut2 ada yang boleh jadik best student, tapi x dapat sebab hal nie, mana yg elok2 dapat masuk IPT, tapi x dapt sebab Maths dapat 7 and kena amik paper July!!! Takder saper ke kat Malaysia nie yang pikir pasal consequences isu nie selain dari aku????

Apa tindakan yang patut diambil pada KPS nie? Apa pulak alasan dia tak membenarkan kalkulator CASIO 570 dibawa masuk ke dewan peperiksaan? Apa pula tindakan Pengawas Peperiksaan lain mengenai keputusan ketua mereka? Apa pula tindakan Lembaga Peperiksaan dan Pemeriksa Kertas Peperiksaan yang boleh membantu nasib para pelajar yang seramai 89 orang ini???

Kan banyak isu kat situ.... I would love to see some follow up!!!!

5 comments:

liza said...

aku tak tau plak kes ni..dah lama tak baca paper.ntah apa2 jer laa..nak jer aku pegi sepak jer KPS..yg pelik tu..mcm ko kata laa..takder guideline ker tuk guna kalkulator mana..bodoh betul..kalau tempat lain boleh guna..means boleh guna laa..yg mampu pg belikan kalkulator lain oklaa..but to those family yg tak mampu..dahlaa sesusah kumpul duit beli kalkulator 570 tu..nak tetiba beli yg lain..mmg tak dapatlaa..i do know those feeling..remember those time when i have to save money for some times to buy that calculator..

FaznFaz said...

hahha... i know!!! sakit jiwa kan, just because of 1 idiot, 89 org jadik mangsa!!!

Anonymous said...

mmg bodo betol. mmg penyelia tu dok sekolah zaman dulu time gune sempoa~

Anonymous said...

Isu ni agak berat. In fact, just berita harian aje yg buat liputan pasal nie. Aku dah check, paper lain takde kluar langsung pasal citer nie. Paper hari nie pun takde follow up (termasuk berita harian).

Sape2 yang ada info pasal kes nie diminta kongsi bersama. Baru kita dapat tau cerita sebenar. Kot ader link kat youtube, forum etc. boleh share. Kita kena push kementerian beri penjelasan dan tindakan yg sepatutnya. KPS yg terlibat perlu didedahkan. Bukan sorg yg jaga satu dewan, takkan takde sorg pun tak terpikir something wrong somewhere. atau masing2 dah pakat nak tutup bontot member lain.

Iron Butterfly said...

eii bodonyo... isk. aku pon tak tau menahu cite ni, sebab time tu aku pon exam. pi pinjam calculator kazen aku.

aku sengal, pakai calculator non-scientific, sbb tak reti guna scientific calculator, pastu sari b4 exam ade junior ajar aku shortcuts so aku pi pinjam kazen aku punye.

malangnya kazen aku punye pon bukan model yg canggih boleh pakai. last2 daku pakai manual jugak. bodo. sebab tu hilang masa tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...