January 14, 2010

Untuk Renungan Bersama: Isu Penggunaan Nama Allah

Waktu aku duduk kat Egypt (Mesir) selama 4 bulan, orang Kristian kat sana memang meggunakan nama Allah, contohnya InsyaAllah. Mereka juga menyebut Assalamu'alaikum dan Alhamdulillah. In fact, bila aku baca Bible waktu dekat Abu Dhabi, tercatat perkataan Bismillahirrahmanirrahim dan Allah.

Dulu waktu aku duduk oversea, pada aku, tak salah kalau agama kitab nak menggunakan nama Allah, sebab, asal fahamannya sama, cuma, apabila telah diselewengkan, itulah punca agam kitab yang lain jadi berbeza. Cuma, bila dah balik Malaysia, aku sedar yang rakyat Malaysia kebanyakan masih hidup dalam cocoon dan tidak bersedia menerima hakikat yang Allah diguna pakai untuk agam lain selain Islam. Maka, aku berpendapat, untuk menjaga keharmonian kaum, lebih baik isu ini tidak diperbesarkan dan kita perlu kembali kepada tunjang keharmonian yang asal; iaitu, belajar menghormati agama lain sebelum kita mahu orang menghormati agama Islam. In fact, kita dulu perlu menghormati agama kita sebelum expect people to respect our religion.

Apa-apa pun, aku bukanlah orang yang paling layak untuk membicarakan hal ini, cuma kalau sesiapa berminat untuk membaca lebih lanjut, silalah ke http://imaen.blogdrive.com/ kerana pada pendapat aku, beliau telah mengupas topik ini dengan begitu baik sekali.

Bak kata (aku dah lupa!!!) betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Wallahualam.

1 comment:

Mommy Lyna said...

Salam Faz,

Mommy Lyna here. I anta my kids kat Keramat KL. Can email me tak for details? Coz I xdapat email u,my lappy kaput. Ni pakai handphone :D
TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...