February 28, 2011

Aghh.... Malasnya....

Tapi kena gak buat!!! Huhuhuh!!! So, hari nie, ialah hari kita mengemas, mengelap, mengemop dan segala me... lah!!!! Kata ada budak kecik kat rumah, haruslah terpaksa rajin menegemop since budak kecik itu sangat suka tumpahkan susu, biskut dan apa-apa ajelah!!!!

Chaiyuk! Chaiyuk!!!!

February 26, 2011

Faheem.... Faheem....

Biasa kalau aku nak salinkan nappy bila dia dah habis 'bisnes', aku akan cakap, 'Faheem, tukar nappy jom, eeeiiii..... yak cuk!!!'. So, bila dia dah makin besar, dia pun dah faham and tak selesa, so, dia akan bagitau aku awal-awal, 'Yak, cuk' so tak payahlah aku bersusah payah nak check nappy dia lagi....

So, hari nie, aku mandikan dia, tapi lupa nak gosokkan gigi dia. Waktu aku tengah pakaikan nappy dia baru aku teringat. So, aku cakap kat dia, 'Ooo, Mummy lupa nak gosokkan gigi Faheem eh??? Nanti lepas pakai nappy, kita gosok gigi eh??? Eee.... gigi cuk!!!!' Biasa kalau aku tengah ajar dia, aku akan ulang 2-3 kali. So, aku cakap lagi, 'Lepas nie, gosok gigi eh??? Kalau tak, eiiii.... gigi......' (suruh Faheem sambung), so, Faheem pun sambung.... 'cuk'. Aku pun cakap lagi....'nanti gigi.... dia sambung 'cuk!'. Lepas tuh, aku pun sambung kerja pakaikan nappy dia.

Yang buat aku terkejutnya, out of a sudde, tiba-tiba dia cakap.... 'Gigi yak, eee....' Pastu dia ulang lagi, 'gigi yak'.... Pastu dia cakap, 'yak cuk, gigi cuk, gigi yak!!!' Gelak aku kat situ!!!! Manalaaa budak nie boleh buat conclusion kalau gigi busuk tuh sebab gigi tuh 'berbisnes'?????

Terpaksalaaa aku explain kat dia....'Tak, gigi tak yak, Faheem je yang yak..... Gigi busuk sebab Faheem tak gosok!!!!'

Anaaaak.... anaaakkkk.....

February 25, 2011

Jemput Singgah Ke Kedai Maya Saya.....

***Ini ialah entry yang menggunakan sticker. Sila scroll ke bawah untuk berita terkini, hiburan sensasi***

Okey, been wanting to up kan this post for ages.... Tapi, hish, banyak betul tapi nyea....

Anyway, dengan lafaz bismillah, saya merasmikan kedai maya saya......

Kkekekeke!!!! Dah macam YB pulak....

Anyway, kalau sudi (sudi-sudikan laaa) sila lah singgah di sini....


http://tfv.lot.my/




Hheheh, nama kedai maya saya nie, corny sikit, nak buat camner, Sayang yang tukang urus segala, so, layankan ajerlaaa.... Permulaan nie, concentrate nak jual aksesori wanita, besides, Garage Sales yang memuatkan mostly barang-barang yang kitorang gedik beli kat UK dulu, tapi tak pakai pun..... Dah namanya GEDIK + impulsive shopper!!!

Buat masa nie, kami menjual women wrist watch yang colourful, ala-ala bangle, sangat funky gitu.

InsyaAllah, dari masa ke masa, barang-barang akan ditambah agar kedai kami lebih meriah.... the more the merrier gitu....

Kalau ada apa-apa nak tanya, silalah email ke faznfaz@gmail.com

Sudikan-sudikanlaaa singgah ye....

Setiap kunjungan didahulukan dengan ucapan TERIMA KASIH ;)


Wish Me Luck!!!

I don't know what to expect.... Just go with the flow.... Nak menaruh harapan setinggi langit pun tak berapa nak berani.... So, berserah saja.... Kalau sudah ditakdirkan rezekinya, insyaAllah ada... cuma, jangan cepat putus asa, terus saja mara....

February 24, 2011

Banyak Kerja Hari Nie....

Hope semua berjalan dengan lancar.... And oh, anak ku telah menyebabkan eye-liner ku kering!!!! Mesti dia buat project semalam waktu aku tengah mandi!!!! Alasan untuk shoping barang make-up baru!!! And jangan lupa, compact powder yang baru aku beli dan pakai tak sampai sebulan telah berjaya dikorek tanpa belas kasihan!!!! Nasib haku pakai compact murah ajer!!! Kalau pakai MAC ke Bobbi Brown ker, pengsan laaaa bapak kau nak mengganti make-up haku!!!!

February 23, 2011

Tribute to 5 Al-Ghazali 98/99 MRSMKT...

Semalam Nana, budak kelas aku telah menjumpai fb Sayang (aku takde fb), lalu add aku ke group bebudak kelas aku dulu. Dalam kepala otak tengah merangka cerita. So, nanti bila ilham dah datang, aku update. Tapi buat masa nie, just list bebudak kelas aku dulu.... (26 orang, 11 boys, 15 girls)

Ketua Kelas:
Arwah Adry (meninggal accident waktu aku kat UNITEN, dalam 7-8 tahun lepas). Al-Fatihah untuk arwah, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman....

Boys
  1. Bob (ketua kelas waktu Form 4)
  2. Azeen (hot stuff kelas aku)
  3. Azuan (budak paling rajin kat kelas aku)
  4. Arma (budak comei...)
  5. Azam (budak boleh bawak borak)
  6. Jeff (budak pendiam gak, senyum jer...)
  7. Firazi (aku pernah minat dia dulu!!! hahahahhah!!!! Mati kalau Sayang nampak!!!)
  8. Kam (diam-diam, tapi join boria tak salah aku!!! betul ker fact aku nih???)
  9. Shahril (budak mulut pedas!!! kalau dia sound... dush!!!)
  10. Ripin (budak pendiam)
Girls
  1. Aku (kaki tidur dalam kelas!!!)
  2. Nana (gang rapat ngan aku)
  3. Eddie (gang rapat ngan aku)
  4. Siza (gang rapat ngan aku)
  5. Didot (gang rapat ngan aku)
  6. Liza (budak yang cukup rajin kejut aku gi semayang Subuh kat masjid)
  7. Che' Dah (budak baik, awal-awal sebelum Subuh dah bangun)
  8. Rosliza (budak terer Bio since kelas aku Bio terlingkup sikit!!!)
  9. Mas (kalau dia jeling.... dush!!!! hahahah!!!!)
  10. Bie (budak scorer kelas aku.... SPM, bertimbun A dia)
  11. Nadia (the only budak kelas aku yang bercita-cita jadik doktor!!! Hopefully tercapai!!!)
  12. Aime (another scorer kelas aku. English dia, berhabuk wa cakap lu....)
  13. Hajar (budak comei.... senyum jer...)
  14. Lina (the only JPPP (pengawas daaa...) kelas aku!!!)
  15. Miza (budak suka gelak...)
Sedihnya, album gambar kat sekolah dulu dah tak tau kat mana since masa family aku pindah rumah before aku kawen, aku kat UK.... S.o, aku memang langsung tak terlibat hal-hal packing!!! So, memang aku tak tau lah kat mana... :( Anyway, guys, wherever you are, thank you very much sebab contribute all the experience untuk aku belajar dan menilai dalam meniti kedewasaan ini....

February 21, 2011

Budak Kecik Nih....

Kami baru balik dari KPJ Shah Alam. Sayang jumpak Dr. sebab sakit perut salah makan. (Pastu boleh plak nak blame masakan aku!!! Aku makan ok jer)..... Nasib baik tak severe, kalau tak kena admitted.

Alkisahnya, parking KPJ nih adalah jauh, hokey? So, Sayang drop aku ngan Faheem kat entrance dulu. While waiting for him, budak kecik nih dah memandai tarik tangan aku pergi kedai kat sebelah dan mengepaw aku gula-gula. Disebabkan aku nie mak yang malas nak bising-bising, aku beli laaa mentos, kang dia buat adegan sinetron kat situ, aku lak yang emo tensi sorang-sorang!!!

So, bila Sayang sampai, waktu nak daftar, kitorang diminta pergi kat area lagi satu, kira area tue untuk specialist kes-kes sakit perut laaa..... So, kitorang pun daftar kat situ and tunggu laaa giliran. Faheem, seperti biasa, elok jer behave sambil menggoda aku dengan kata-kata manis dia.... 'Mummy, nak sweet!'.... Pantang habih hokeh???? Adalaaa dekat 5-6 bijik!!!! Ini adalah alasan aku untuk strict dalam memaksa dia menggosok gigi pagi dan malam!!!! Kalau tak, belum sekolah, gigi dah jahanam!!! Ok, sambung cerita.... so, disebabkan risau, aku pun pass mentos tuh kat Sayang senyap-senyap, so, kalau dia geladah handbag doraemon aku tuh, memang confirm tak jumpalah!!!!

So, bila gegula dalam mulut dia habih and dia mintak lagi, aku pun cakap, dah habis. Budak kecik tak makan saman tue, confirm tak percaya, lalu membuka handbag (see??? dah tau sangat perangai!!!) and sah!!! Memang dia tak jumpak... So, dia pun ok.... Tak lama lepas tuh, gaya dia macam nak jalan-jalan. Anak aku nie memang pemalu bagai anak dara sikit bab jalan-jalan nih, dia tak berani sangat nak lari sana sini kat tempat awam, biasa dia akan pegang tangan aku, heret ke hulu ke hilir.... Aku pun, ok laaa.... ye laa, budak, of course sangap kan, kena tunggu lama-lama!!!

Dia pun start laaa jalan-jalan sambil heret tangan aku. Keluar aje dari area tuh, mata dia dengan cekp menangkap kedai mentos tadi, dan tanpa berlengah, dengan lajunya, dia tarik tangan aku kuat-kuat, lari pergi kedai tuh, and suruh beli gula-gula lain!!!! CIS!!!!!! Tak berjaya langsung nak trick dia!!!! Nak tak nak, terpaksalaaaa sambung bagi mentos tuh kat dia sementara nak tunggu Dr. DAMN!!!!

February 17, 2011

Mode: Indah....

Lamanyaaaaaaaaaaaaaa tak masak n makan sambal sebab budak kecik nih!!! Kesian lak kan, budak kecik tak makan pedas... (padahal, mak nya malas nak masak lauk asing-asing untuk anak!!!! hahahha!) Tapi hari tuh, SIL bawak balik rendang daging cili api dari rumah MIL. Faheem lak kecoh nak makan. Aku bagi je laaa, biar dia rasa sendiri. Kalau cakap tak boleh, pedas.... bukan dia paham pun, kalau paham pun dia buat-buat tak paham!!!!

Ajaibnya, dia boleh relaxnya makan siap nak lagi!!!! Yes!!!! Anak haku gang makan pedas gak!!! So, hari ni, aku masak laaa sambal ayam goreng. Layan sih... makan ngan nasik panas-panas!!!! (Gila!!! Sendiri masak, sendiri puji!!!) Tapi, aku kurangkan laaa cili kering tuh, substitute ngan sos cili bagi nampak merah, tapi tak pedas laaa...... Tapi, ok laaa... it's a good start untuk slow-slow makan pedas balik.... hahahhaha!!!! Tapi tak leh selalu gak.... Kesian pulak perut budak kecik tuh.....

Ok, tu jer.... Gambar takder, sebab tak kuasa eh, time nak masak nak hangkut kamera ke dapur kat bawah bagai!!!!

February 16, 2011

February 11, 2011

25 Kisah Kelam Saya Yang Anda Mungkin Rasa Nak Tau...

Ok, waktu untuk Tag dari Huda. Layanlaaa.... haku merepek jer nie pun.... hehhehe!!!!

Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.
  1. Anak sulung dari 8 beradik & kawen ngan anak sulung dari 5 beradik
  2. Ada anak lelaki berumur 2 tahun 2 bulan. (We call him future heart breaker!!!! heheheeh!!!)
  3. Pernah berangan nak beranak kat over the sea.... Saja gedik so nanti IC anak no 71... ngada sungguh kan??? Alhamdulillah, tak sangka tercapai.... hehhe!!!
  4. Mengandung, OK, jaga anak OK, tapi sangat takut nak beranak sampai sekarang tak leh tengok gambar-gambar kelahiran..... scary!!!!
  5. Disebabkan perkara di atas, pernah berangan nak kawen ngan duda kaya (ini penting!!!) anak 2 (yup!!!! Aku bengong!!!!) So, tak yah susah-susah nak beranak!!!! Hahhahahah!!!!
  6. Pernah kerja di over the sea selama 3 tahun setengah
  7. Pernah naik kapal terbang, helikopter, kapal pengangkut barang, keretapi, trak besar semasa bekerja. Kapal selam jer tak pernah naik lagi.... heheheh!!!!
  8. Langsung tak pernah naik perkara di atas (kecuali keretapi) kalau bukan sebab kerja!!! (I lap U lah my ex-company!!!)
  9. Boleh memasak (bukan pandai), jadik, langsung tak kisah kena raya kat over the sea sebab diri sendiri yang akan masak ketupat, rendang, murtabak segala untuk penuhkan tembolok sendiri!!!
  10. Agak penakut. Akan tidur dengan lampu terpasang kalau duduk sorang-sorang kat rumah. Tapi, waktu kerja dulu, travel alone adalah essential, jadik main belasah ajer ke mana-mana sorang-sorang!!!!
  11. Introvert yang terperangkap dalam extrovert behaviour. Orang ingat aku friendly sebab banyak cakap. Tapi, sebenarnya, aku nie tak pandai sangat berkawan..... Kawan pun tak ramai sangt!!! hahahha!!! Ada saper-saper yang percaya ke????? hehehhe!!!!
  12. Tak suka buat house chores kecuali masak, berangan nak ada orang gaji, tapi nak wat camner, ekonomi tak mengizinkan.... so terpaksalah, aku menyingsing lengan membanting padi..... aceccececece!!!!
  13. Suka sangat dengan matematik / nombor.... kalau dah sangap sangat, akan buat Sudoku kat Nintendo DS atau buat latihan Add Maths SPM (nie tak tipu!!!! seriously, aku pelik!!!!)
  14. Tak pernah ada boipren lain sebelum kawen. (Saperlaaa aku ni kan??? bukan lawa sangat pun!!!) So, masa dapat offer kerja over the sea, dah berangan nak kawen ngan Mat Saleh cam Huda. Malangnya, (hehehehhe!!!!) Sayang dah bagi cincin waktu konvo!!!! Damn!!! Punah harapan!!!! hahahhahahahahahahhaha!!!!!
  15. Oh, tak pernah kapel secara rasmi ngan Sayang sebelum bertunang. Kalau lagu Ratu dah keluar waktu tuh, kami akan gelarkan hubungan kami Teman Tapi Mesra!!! Hhahaha!!!
  16. Pernah menangis macam orang gilak bila mamat yang paling diminati kawen ngan orang lain. Bodoh sungguh kalau difikirkan balik!!!
  17. Antara impian yang tak tercapai lagi sebelum memasuki era 3-series ialah mendaki Gunung Kinabalu (mana laaa aku nak campak anak aku tuh???), menunaikan Umrah, dan buat Master (ceh malas belajar, ada hati!!!)
  18. Oh, sangat berbakat untuk tidur di mana saja, pernah mencetuskan idea Logging While Sleeping waktu kat Egypt akibat berajaga selama 48 jam. Jadik, langsung tak kisah, kalau tak ada break during job, sebab boleh tidur dalam chopper or flight!!!
  19. Hambik ko!!! Kat Egypt tak tidur 48 jam, bila real job, tak tidur 72 jam!!!! Memang tahap weng tak hingat!!!!
  20. Zaman yang paling dirindui ialah zaman UNITEN, walaupun tak lawa, takder boipren dan tak ada duit nak beli jeans Levi's, tapi sangat suka zaman itu dikelilingi dengan kawan-kawan yang sangat besh!!! Kalau boleh, nak sangat ulang zaman tue....
  21. Oh, sebut pasal Levi's, sebelum dapat kerja ngan kompeni lama, hajat di hati adalah akan membeli 10 pasang seluar Levi's dan safety boot kaler pink kalau dapat kerja over the sea itu. Memang sungguh haku beli 10 pasang (bukan serentak laaa tapi, sikit-sikit jer...)!!! Malangnya, separuh daripadanya dah tak muat akibat membesar bagai johan!!!! Huhuhuh!!! Pasal boot pink, memang tak dapek laaa kan!!! So, sneakers pink ajer....
  22. Sebut pasal membesar bagai johan pulak, seriously, waktu zaman anak dara, aku makan 8 kali ganda dari apa yang aku makan sekarang, lebih sanggup perabih duit untuk makan dari beli baju, tapi TAK GEMUK PUN!!!!!!! Kenapa sekarang aku GEMUK???? why?? why???
  23. Masih menganggur dan masih menaruh harapan untuk kerja di oil and gas company balik... anyone???? (Serious job hunter is in the house!!!!)
  24. Kadang-kadang boleh jadik sangat smart sampai orang pun impress tapi kadang-kadang boleh jadik bimbo giler-benda-senang-pun-taktau!!! So, selalu consider myself as half-smart-half-bimbo!!!
  25. Last sekali, inilah kali pertama aku melayan tag..... tehehehehhe!!!
Nak tag saper eh???? Saper-saper aaa yang rasa nak buat.... :)


February 10, 2011

Apa Perasaan Anda.....

Bila anak anda yang berumur 2 tahun 2 bulan dengan Nintendo DS yang kehabisan bateri ditangannya tiba-tiba menghampiri anda sambil menghulurkan DS itu kepada anda lalu berkata...

'Mummy nah.... nak cas.... bateri habis....!!!!!'

Sungguh, aku terkesima!!!! Mana dia belajar eh??????????

Budak-budak zaman sekarang.... advance sungguh!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...