February 11, 2011

25 Kisah Kelam Saya Yang Anda Mungkin Rasa Nak Tau...

Ok, waktu untuk Tag dari Huda. Layanlaaa.... haku merepek jer nie pun.... hehhehe!!!!

Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.
  1. Anak sulung dari 8 beradik & kawen ngan anak sulung dari 5 beradik
  2. Ada anak lelaki berumur 2 tahun 2 bulan. (We call him future heart breaker!!!! heheheeh!!!)
  3. Pernah berangan nak beranak kat over the sea.... Saja gedik so nanti IC anak no 71... ngada sungguh kan??? Alhamdulillah, tak sangka tercapai.... hehhe!!!
  4. Mengandung, OK, jaga anak OK, tapi sangat takut nak beranak sampai sekarang tak leh tengok gambar-gambar kelahiran..... scary!!!!
  5. Disebabkan perkara di atas, pernah berangan nak kawen ngan duda kaya (ini penting!!!) anak 2 (yup!!!! Aku bengong!!!!) So, tak yah susah-susah nak beranak!!!! Hahhahahah!!!!
  6. Pernah kerja di over the sea selama 3 tahun setengah
  7. Pernah naik kapal terbang, helikopter, kapal pengangkut barang, keretapi, trak besar semasa bekerja. Kapal selam jer tak pernah naik lagi.... heheheh!!!!
  8. Langsung tak pernah naik perkara di atas (kecuali keretapi) kalau bukan sebab kerja!!! (I lap U lah my ex-company!!!)
  9. Boleh memasak (bukan pandai), jadik, langsung tak kisah kena raya kat over the sea sebab diri sendiri yang akan masak ketupat, rendang, murtabak segala untuk penuhkan tembolok sendiri!!!
  10. Agak penakut. Akan tidur dengan lampu terpasang kalau duduk sorang-sorang kat rumah. Tapi, waktu kerja dulu, travel alone adalah essential, jadik main belasah ajer ke mana-mana sorang-sorang!!!!
  11. Introvert yang terperangkap dalam extrovert behaviour. Orang ingat aku friendly sebab banyak cakap. Tapi, sebenarnya, aku nie tak pandai sangat berkawan..... Kawan pun tak ramai sangt!!! hahahha!!! Ada saper-saper yang percaya ke????? hehehhe!!!!
  12. Tak suka buat house chores kecuali masak, berangan nak ada orang gaji, tapi nak wat camner, ekonomi tak mengizinkan.... so terpaksalah, aku menyingsing lengan membanting padi..... aceccececece!!!!
  13. Suka sangat dengan matematik / nombor.... kalau dah sangap sangat, akan buat Sudoku kat Nintendo DS atau buat latihan Add Maths SPM (nie tak tipu!!!! seriously, aku pelik!!!!)
  14. Tak pernah ada boipren lain sebelum kawen. (Saperlaaa aku ni kan??? bukan lawa sangat pun!!!) So, masa dapat offer kerja over the sea, dah berangan nak kawen ngan Mat Saleh cam Huda. Malangnya, (hehehehhe!!!!) Sayang dah bagi cincin waktu konvo!!!! Damn!!! Punah harapan!!!! hahahhahahahahahahhaha!!!!!
  15. Oh, tak pernah kapel secara rasmi ngan Sayang sebelum bertunang. Kalau lagu Ratu dah keluar waktu tuh, kami akan gelarkan hubungan kami Teman Tapi Mesra!!! Hhahaha!!!
  16. Pernah menangis macam orang gilak bila mamat yang paling diminati kawen ngan orang lain. Bodoh sungguh kalau difikirkan balik!!!
  17. Antara impian yang tak tercapai lagi sebelum memasuki era 3-series ialah mendaki Gunung Kinabalu (mana laaa aku nak campak anak aku tuh???), menunaikan Umrah, dan buat Master (ceh malas belajar, ada hati!!!)
  18. Oh, sangat berbakat untuk tidur di mana saja, pernah mencetuskan idea Logging While Sleeping waktu kat Egypt akibat berajaga selama 48 jam. Jadik, langsung tak kisah, kalau tak ada break during job, sebab boleh tidur dalam chopper or flight!!!
  19. Hambik ko!!! Kat Egypt tak tidur 48 jam, bila real job, tak tidur 72 jam!!!! Memang tahap weng tak hingat!!!!
  20. Zaman yang paling dirindui ialah zaman UNITEN, walaupun tak lawa, takder boipren dan tak ada duit nak beli jeans Levi's, tapi sangat suka zaman itu dikelilingi dengan kawan-kawan yang sangat besh!!! Kalau boleh, nak sangat ulang zaman tue....
  21. Oh, sebut pasal Levi's, sebelum dapat kerja ngan kompeni lama, hajat di hati adalah akan membeli 10 pasang seluar Levi's dan safety boot kaler pink kalau dapat kerja over the sea itu. Memang sungguh haku beli 10 pasang (bukan serentak laaa tapi, sikit-sikit jer...)!!! Malangnya, separuh daripadanya dah tak muat akibat membesar bagai johan!!!! Huhuhuh!!! Pasal boot pink, memang tak dapek laaa kan!!! So, sneakers pink ajer....
  22. Sebut pasal membesar bagai johan pulak, seriously, waktu zaman anak dara, aku makan 8 kali ganda dari apa yang aku makan sekarang, lebih sanggup perabih duit untuk makan dari beli baju, tapi TAK GEMUK PUN!!!!!!! Kenapa sekarang aku GEMUK???? why?? why???
  23. Masih menganggur dan masih menaruh harapan untuk kerja di oil and gas company balik... anyone???? (Serious job hunter is in the house!!!!)
  24. Kadang-kadang boleh jadik sangat smart sampai orang pun impress tapi kadang-kadang boleh jadik bimbo giler-benda-senang-pun-taktau!!! So, selalu consider myself as half-smart-half-bimbo!!!
  25. Last sekali, inilah kali pertama aku melayan tag..... tehehehehhe!!!
Nak tag saper eh???? Saper-saper aaa yang rasa nak buat.... :)


2 comments:

Madam Sooyaree said...

Hahaha... aku lak tak pernah ada hati nak kawen ngan mat salleh. Alih-alih sangkut, nak buat camne

FaznFaz said...

hahahahahahha... biasalaaa... kalau poyo-poyo berangan cenggitu, takdernya.... hahahhaha!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...