Kami baru balik dari KPJ Shah Alam. Sayang jumpak Dr. sebab sakit perut salah makan. (Pastu boleh plak nak blame masakan aku!!! Aku makan ok jer)..... Nasib baik tak severe, kalau tak kena admitted.
Alkisahnya, parking KPJ nih adalah jauh, hokey? So, Sayang drop aku ngan Faheem kat entrance dulu. While waiting for him, budak kecik nih dah memandai tarik tangan aku pergi kedai kat sebelah dan mengepaw aku gula-gula. Disebabkan aku nie mak yang malas nak bising-bising, aku beli laaa mentos, kang dia buat adegan sinetron kat situ, aku lak yang emo tensi sorang-sorang!!!
So, bila Sayang sampai, waktu nak daftar, kitorang diminta pergi kat area lagi satu, kira area tue untuk specialist kes-kes sakit perut laaa..... So, kitorang pun daftar kat situ and tunggu laaa giliran. Faheem, seperti biasa, elok jer behave sambil menggoda aku dengan kata-kata manis dia.... 'Mummy, nak sweet!'.... Pantang habih hokeh???? Adalaaa dekat 5-6 bijik!!!! Ini adalah alasan aku untuk strict dalam memaksa dia menggosok gigi pagi dan malam!!!! Kalau tak, belum sekolah, gigi dah jahanam!!! Ok, sambung cerita.... so, disebabkan risau, aku pun pass mentos tuh kat Sayang senyap-senyap, so, kalau dia geladah handbag doraemon aku tuh, memang confirm tak jumpalah!!!!
So, bila gegula dalam mulut dia habih and dia mintak lagi, aku pun cakap, dah habis. Budak kecik tak makan saman tue, confirm tak percaya, lalu membuka handbag (see??? dah tau sangat perangai!!!) and sah!!! Memang dia tak jumpak... So, dia pun ok.... Tak lama lepas tuh, gaya dia macam nak jalan-jalan. Anak aku nie memang pemalu bagai anak dara sikit bab jalan-jalan nih, dia tak berani sangat nak lari sana sini kat tempat awam, biasa dia akan pegang tangan aku, heret ke hulu ke hilir.... Aku pun, ok laaa.... ye laa, budak, of course sangap kan, kena tunggu lama-lama!!!
Dia pun start laaa jalan-jalan sambil heret tangan aku. Keluar aje dari area tuh, mata dia dengan cekp menangkap kedai mentos tadi, dan tanpa berlengah, dengan lajunya, dia tarik tangan aku kuat-kuat, lari pergi kedai tuh, and suruh beli gula-gula lain!!!! CIS!!!!!! Tak berjaya langsung nak trick dia!!!! Nak tak nak, terpaksalaaaa sambung bagi mentos tuh kat dia sementara nak tunggu Dr. DAMN!!!!
1 comment:
Kenapa saya sakit perut??? sila baca post yg sebelum nie yer... tak pasal2 rugi weekend tak dpt jalan2... hahaha!
Post a Comment