April 19, 2011

Alhamdulillah...

Setelah berbulan-bulan mencuba, akhirnya, Faheem telah totally berjaya di'weaning' off kan... (adakah perkataan itu???)...

Agak susah sebenarnya, since aku tak kerja and ada untuk dia 24-7... Especially part tidur, which dia nak menyusu sampai tertidur, and bangun, bila celik bijik mata, nak carik susu aku... Kadang-kadang pulak, time dalam kereta, bila aku nak behavekan dia, or dalam wayang, so, susu aku memang boleh sangat-sangat buat dia behave, tapi sampai bila kan??? Kadang-kadang rasa sangat restless!!! Bila bising-bising, even aku or Sayang just akan sebut, takpe, Imam Syafie pun menyusu sampai umur 5 tahun, and dia sangat bijak, ye tak??? Sungguh ayat penyedap hati...

Dah laaa Faheem refuse untuk minum segala susu formula yang berada di pasaran, baik yang mahal macam Gain Eye-Q, Anmum waima susu biasa-biasa macam Sustagen, Dumex and S26. semua susu-susu tue still ada kat dapur aku, just luak a few sudu ajer... Last solution, kami bagi ajer susu kotak Dutch Lady (yang biasa ajer, yang kid adalah mahal, tak mampu nak beli selalu... huhu!!!!), takpelah, as long as dia minum susu!!! Tue pun, dia dah pandai mintak, nak susu strawberry atau coklat sajer, susu putih taknak!!! Tapi since kecoh-kecoh pasal gula nie, memang aku akan supply susu putih lebih banyak kat rumah, so kalau dia nak minum susu berperisa sampai habis pun, minumlah... tapi bila dah habis, aku takkan beli yang lain selagi yang putih tak habis!!! So, nasib laaa ko!!! Nampak macam dia dah faham, tapi, definitely, kalau minum susu putih, memang lambat nak habis!!! Tak pe laaa.... Pelan-pelan kayuh....

Macam mana aku weaning off??? Honestly, dengan cara yang sangat susah payah.... Ye laaa... Selalu ajer kalah ngan air mata dram king budak kecik tuh.... So, slow-slow, aku stopkan dulu penyusuan waktu malam sebelum tidur.... Dulu, aku buat syarat, lepas gosok gigi, tak boleh makan/ minum apa-apa kecuali air masak or susu ibu, lepas tue, aku buat syarat, dah tak boleh minum susu lepas gosok gigi. Kalau haus, minum air masak (memang kitorang selalu prepare air masak sebotol sebelah katil.) Waktu nak tidur jadik lebih lama, sebab dia tak boleh lena without bergantung, so, aku akan riba, dodoi, nyanyi sampailaaa dia terlelap. Mula-mula, memang susah, lama-lama, dia faham.... So, sekarang, kalau aku dah tertidur pun, dia akan terpisat-pisat sendiri sampai tertidur....

Next, dalam kereta, aku kena sentiasa stand by kan susu atau apa-apa air. Nak mudah, attrack dengan air ribena or air milo, kalau susu kotak, lambat sikit! So, kalau takder air dalam kereta, memang akan kena singgah stesyen minyak or 7-E untuk beli. Mula-mula, haruslaaa upah dengan air sedap, nak encourage dia, lama-lama, of course, air mineral atau susu aje yang ada dalam kereta!!!

Last sekali, yang paling payah aku rasa, memang lepas dia bangun tidur, sebab dia memang akan menangis tahap rock kapak nak susu, and selalunya, aku yang malas nak layan, terus bagi dia susu!!! Tu yang melambatkan proses weaning off. Tapi bila peratikan yang dia pun tak puas minum, aku pun suggest kat dia, 'minum susu bawah nak?' (Since segala susu selain susu aku ada kat tingkat bawah). Untuk elakkan dia menangis, dengan dia-dia sekali aku kena hangkut dukung bawak turun bawah. Biasanya, dia akan pilih sendiri susu mana nak minum, which definitely memang dia akan pilih susu berperisa!!! So, bila susu berperisa takder, padan muka Faheem!!! hahahah!!! (Gila mak yang kejam!!!!) Yang aku notice, bila dia minum susu lepas bangun tidur, definitely dia akan minum ngan penuh semangat!!! Kalau kotak kid tuh, berapa kali sedut dah habis!!! Kalau yang biasa pulak, memang lebih dari separuh lah!!! Solution, celik bijik mata, harus ada susu.....

Cuma, bila dia dah weaning off, kadang-kadang rasa sedih laaa pulak kan??? Sebab lebih 2 tahun dia menyusu ngan aku, dengan pelbagai gaya.... Kadang-kadang time menyusu, aku degki, aku geletek dia, cubit pipi dia, macam-macam laaa, sampai dia gelak, tapi mulut still tak lepas dari menyusu!!!! Memang terbukti, bonding mak ngan anak sangat kuat bila menyusu badan, which aku saaaangat berharap, bonding nie kekal sampai akhir hayat!!! Tapi happy, bila badan memang kurang penatlaaa.... especially waktu malam.... Cuma sebab dah terbiasa, malam-malam, memang tidur tak berapa nak lena pun, akan still terjaga untuk check conditon anak...

Will I breastfeed again in the future???? Definitely, InsyaAllah. Aku dah terbiasa dengan kesenangan susu badan, tak payah nak ngankut termos, botol bagai.... Anak nak menyusu, selak ajer!!! Lagi pulak, kat Malaysia nie, dah banyak shopping complex yang breastfeeding friendly macam Jusco, Tesco, Carefour and The Curve. KLCC and MidValley tak sure sebab tak pernah kena menyusukan kat sana!!! Lagipun, time makan pun, boleh ajer susukan anak, aku dah terer skill makan sebelah, susukan anak sebelah.... So, InsyaAllah, kalau Allah izinkan, kalau ada rezeki next anak, I'm up for it!!!

In fact, bila dah terbiasa, rasa malaas sangat nak sediakan susu lain untuk anak!!! Especially Sayang lah kan.... Dia janji ngan aku, bab bancuh susu anak tengah malam kerja dia, memang harapan laaa kan???? hehehhe!!!! Tak payah kan dia, aku pun, nak ambik susu kotak kat bawah pun tak berapa nak rajin, ini kan pulak nak kena basuh botol/sterilized, masak air panas, tuang susu n air, sukat pulak suhu susu!!!! Iskkk!!!! It's sooooo time consuming!!!! SO, breastfeeding memang sangat suite ngan lifestyle aku yang tak berapa rajin nih!!!! Lagi pun, boleh ajer breastfeed time makan, time lipat baju n time bloghopping!!!! Apa lagi yang aku nak ye tak???? hehehhe!!!! Pastu, kalau malas kemas rumah, bagi ajer alasan, anak you nie haaa, asyik nak bergayut ajer sepanjang hari.... hehehehhe!!!!

Ok, lah, panjang pulak entry aku kali nie.... Sajer jer nak share pasal brestfeeding journey aku, since it's officially over.... Di sini, aku selitkan gambar budak dah besar nie ye.....

Ok, daaa.....





4 comments:

Madam Sooyaree said...

Wahh... mesti rasa rindu kan babe. Aku nanti masuk setahun nak cuba kasi fresh milk lah. Smoehow aku rasa fresh milk lagi elok dari formula milk, hehe..

Btw, kat KLCC ada mommy's room. Kat bawah sekali, belakang Toys R Us (on the way ke Aquaria tu. Cantik gila!

FaznFaz said...

hehehe!!! nampak sgt tak selalu gi klcc waktu anak tengah baby!!! sebenarnya, memang nak bagi fresh milk, tapi, fresh milk semua dalam botol besar!!! tue yg bagi ajer susu dutch lady, sbb dlm kotak, nak angkut travel pun senang...

Farah said...

hahaha kan! aku pon kalau ade rezeki lagi memang nak fully bf je..yaAllah kadang2 bab nak bancuh susu anak pon leh jadi gaduh laki bini..malas sungguh..kalau BF ha selak je!

FaznFaz said...

kan??? nak travel pun senang, tak yah pikir susu anak, air panas etc.... hehehe!!! bf mmg best!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...