March 07, 2012

Takdir Fitrah Terindah...

Aku ada satu obsessi, iaitu membaca buku cerita melayu. Kebelakangan ini, dah ramai sangat yang menulis cerita yang sangat klise, iaitu kahwin paksa, kemudian bahagia, kemudian anak kembar.

Buku ini juga begitu, tapi dengan garapan yang sangat mantap, dan jalan cerita yang agak lain, (selain perkara yang disebutkan di atas) cerita ini mampu membuatkan aku terkenang-kenang dan terfikir-fikir sampai sekarang...

Hish!!! Tak boleh buat kerja macam ni!!!

Tapi sekurang-kurangnya, mampu mengurangkan kesedihan akibat kehilangan blackberry kesayangan...

Terasa mahu mengulang baca cerita ini, tapi mesti Sayang tak benarkan!!!

Oh, kenapa bila aku beli buku cerita, mesti lebih dari separuh dari buku itu boleh membuatkan aku mual, tapi bila buku itu dipinjam dari Emak, (seterusnya di hak milik secara senyap... hahahha!!!!) mesti kebanyakan cerita itu menarik untuk dibaca....

Hahahahha....

Aku akan cuba untuk memberi ulasan mengenai cerita yang aku baca ini, bila aku rajin, dan bukan di waktu kerja...

Tapi, silalah beli novel ini, kerana memang sangat berbaloi!!! Nak tunggu ulasan aku, macam harapan aje!!!

Aku bagi 4/5 bintang!!! Kurang 1 bintang sebab perkara klise di atas. Kahwin paksa? Masih boleh diterima, tapi anak kembar????? Tolonglah!!!! Boleh tak lepas ini penulis baru buat idea lain? Langsung tak dapat anak, lalu ambil anak angkat yang dijadikan anak susuan ke (ramai yang masih kurang pengetahun pasal perkara ini). Kembar 3 ke, atau balik kepada asal, beranak 1 sudah.....

4 comments:

liza said...

weii..abis dah blackberry ko hilang..ko guna hp mana plak??hehe..aku mmg dah bersara dari bac novel..esp novel melayu.Entahla rasa dah kurang mas atuk jiwang2..tapi ada jer masa nak baca novel harry potter berulang2 kali..hehehee

FaznFaz said...

pakai blk nokia lama.... sejak keje, mmg pakai 2 fon... so, no lama still ada, just xde fon je... ;(

mmg naka repeat baca harry potter balik... tp lagilaaa al x kasik, sbb kalau baca buku, langsung x sabar, nak cepat habis, so mmg x jadi kerja!!!

Hanis Azla said...

Salam.. terima kasih kerana membaca TFT.. terima kasih atas komen dan kritikan yg membina tu.. Nice one.. Appreciate it so much.. InsyaAllah akan cuba mencari kelainan dan lari dari perkara2 klise slps ini.. kdg2 kita rasa manis, tak sedar org rasa mual.. he..he.. thanks yer..

btw salam kenal ~ Hanis Azla.. :)

FaznFaz said...

ooohh.... salam singgah... thanks!!! saya cuma menyampaikan apa yang saya rasa. tak sangka penulisnya terus sampai ke sini.... heheheh!!! tapi betullah, cerita ni buat saya terkenang-kenang dan terfikir-fikir sebab garapan yang sangat baik... tue yang terpanggil untuk tulis komen kat sini!!! good job!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...