March 13, 2012

Sad :(

Jangan salahkan ibu yang bermain fb. Fahami keadaannya yang dalam berpantang. Jadi, fb hanya penyebab untuk mengisi masa...

Salahkanlah adat berpantang kita, kononnya tidak boleh menjejak tanah untuk 100 hari...

Salahkanlah manusia yang bertopeng iblis yang sepatutnya melindungi, bukan manyakiti...

Salahkan punca penyebab kenapa keadaan sekeliling tidak lagi selamat...

Kerana, jika disalahkan ibu, pada tahun 80-an mungkin ibuku juga bersalah kerana membenarkan aku ke kedai mamak depan sewaktu usiaku 5 tahun...

Namun, itu yang menyebabkan kami adik beradik pandai jaga diri dan pandai kira-kira...

Tapi apabila kelebihan itu ditarik balik, jadilah adik bongsuku pada abad ke-21, tidak tahu harga dan baki apabila ke kedai...

Juga aku diselubungi paranoid, hingga anakku langsung jarang berenggang denganku kecuali betul-betul terpaksa...

Sungguh, aku kurang percaya pada orang, walau ibuku selalu berpesan, perlu tawakal, InsyaAllah Allah akan jaga anak kita...

Aku yakin itu, cuma yang aku langsung tidak yakin, pada manusia sekeliling yang telah berevolusi menjadi syaitan yang tiada tanduk...

Itu baru anak lelaki, kalau anak permpuan, rasanya kalau boleh, memanglah aku usung ke sana ke mari!!!

Kantor mana yang membenarkan polisi bawa anak ke pejabat???? Dengan rela hati aku ingin pohon!!!

p/s: Betullah Allah jaga anak kita, kerana beliau telah ke syurga meninggalkan kita bergembira di taman firdausi, di saat kita meratap hiba di sini...


5 comments:

Sooyaree said...

Kau baru deliver ke? Aku confuse jap

FaznFaz said...

taklaaa.... ni kes kat msia baru ni, ada budak umur 5 tahun hilang pas mak dia bagi duit pegi kedai, mak dia tgh layan fb wkt tu,dia dlm pantang... sekali jumpa, budak tu kena bunuh n bakar.... sadis gila!!!

Farah said...

zaman sekarang dengan zaman kite lain sgt..manusia makin takde hati perut..mak main fb tu jadi salah satu sebab je..mak org lain main fb jugak..alfatihah buat adik dirang.sadis btul.

FaznFaz said...

kan??? kesian betul!!! x sanggup nak baca lebih2... bila dah jadik mak-mak nie, memang emosi lebih sket bila ada hal2 macam nih!!!

Hisiq said...

aku baru jumpa blog kau..;)

Lambat keretapi nak sampai sini...baru tahu!

Lama tak dengar citer...last zaman2 friendster dulu2x...

Hope everything is well with you.

Pasal citer budak tu mmg sgt sedih ;(

Take care!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...