Disclaimer: Ini adalah pandangan peribadi aku dan Sayang...
Aku sebenarnya agak selektif tang tengok cerita Melayu. Bukan nak berlagak best ke apa, cuma nanti dah spend dalam RM50 (tiket couple seat sebab ada budak kecik menyibuk duk tengah + popcorn yang aku balun sesorang + jagung + mash potato +jajan + hot dog untuk Faheem n Sayang which aku pun join jugak!!!) haruslah bila keluar wayang muka sengih sampai telinga ye tak??? Kalau tak, serius rasa nak bakar panggung.
Ok, sebelum tue, aku nak list kan filem Melayu yang aku rasa best + OK yang pernah aku tengok:
Magika, Mehong Mahawangsa (ni stok rasa goosebumps bila cerita habis), Cun (ni tengok 40 kali pun takpe sebab memang best + ada Remy Ishak ^gatal^), Songlap (tak buat senyum, tapi more to terdiam berfikir in a positive way), Hantu Kak Limah (fine, cerita nie slapstik tapi ada mesej!), Dunia Baru the Movie (teringat zaman bebudak Aberdeen lepak rumah on Raya sebab tunggu cerita nie habis, waktu tue, ada 10 kali cerita ni ulang dalam sehari!!!), Anak Halal and the list goes on.....
See, aku memang layan cerita melayu.... Percayalah....
So untuk cerita Bunohan, mari kita membuat kesimpulan:
Yang nak puji:
1) Gambar cantik
2) Cerita lain (no slapstick comedy, no rempits, no hantu and what not)
3) Demo kecek klate tok sghupa oghe Siam (fyi, aku faham cakap Klate and ni pandangan peribadi aku yang pernah sekolah kat Terengganu yang hampir separuh daripadanya Budak Kelantan, tapi kalau oghe Klate tak setuju, aku tak boleh kata apa-apa)
4) Babak Bunge Lale gocoh agak real kat mata aku
Yang aku rasa boleh diimprove lagi:
1) Jalan cerita tak jelas, kata bunuh oghe tahap assassin, tapi macam tak cukup garam di situ. Apa sebab Bunga Lale banyak hutang etc.
2) Scene pendek-pendek, macam tak tangkap jiwa sangat
3) Apa motif movie nie? Nak cerita pasal keluarga ke, atau pasal Kampung Bunohan ke, atau capitalist will conquers all ke.... Aku tak dapat tangkap!!!
Oh, cerita nie aku beli DVD original harga RM19.90, sebab tak sempat tengok kat wayang.
Tapi kiranya, kalau tengok kat wayang, confirm aku tido!!!
Oh, mind you, aku tak kisah cerita slow, contohnya filem Buai Laju-laju, lakonan Eman Manan, Khalid Salleh & Betty Benafe tak salah aku. Cerita budget murah, kualiti memang out, tapi cerita stock mafia...
1 comment:
meme la... ika belum tengok cerita bunohan lagi... tapi sebab husband ika dah tengok kat wayang, katanya kurang best and agak slow...
Post a Comment