April 19, 2012

Something to Ponder... Isu PTPTN...

This thought was taken from my Sayang's FB:

Sy nak share pendapat sy. Apa kata kalau kita undur sedikit ke belakang, kita kembali ke tujuan asal PTPTN diadakan, adalah utk membantu pelajar yg kurang berkemampuan (kewangan) utk ke pengajian tinggi. Advice me if Im wrong, pd sy PTPTN bukan isu utama. Pd dasarnya kerajaan telah membantu rakyat dgn menyediakan pusat2 pengajian tinggi (IPTA) dgn yuran yg munasabah. Namun, bilangan pelajar meningkat dr tahun ke tahun (teori pyramid, 1,2,4,8…), tempat di IPTA menjadi terhad. Jd, pelajar yg tidak mendapat tempat di IPTA terpaksa dan dipaksa melanjutkan pengajian di IPTS. Di sini isu yg sebenornya bermula. Sy pun tak nak formal sgt, so kita pendek cerita. Yuran pengajian di IPTS tidak masuk akal, terlalu tinggi. Cth: Dip in Nursing di IPTS lebih RM40ribu/course tidak termasuk penginapan dan sara hidup (Semua reference sy paste kat bawah, jgn risau, boleh research sendiri). Siapa tahu yuran kolej kejururawatan KKM boleh share yer, kita bandingkan. Belajar jadi nurse sampai 40riban? Biar betik? Sy Dip Eng amik loan PTPTN pun tak sampai 15riban kat IPTA. So, kat sini apa yg sy Nampak adalah ada pihak yg cuba mengambil kesempatan diatas kelemahan kerajaan dlm menyediakan pusat pengajian awam. ‘PTPTN menangung beban pinjaman pedidikan berbilion ringgit’ ‘Pelajar menangung hutang pendidikan berpuluh ribu ringgit’ Walhal, kedua-dua pihak ini adalah mangsa, dan pihak ketiga? C’mon laa kwn2 semua, kita bukan budak2 lagi. Kita boleh nampak kan game dia. Ada kwn sy ckp, quote “we now in a globalization n internationalization world now”. Kerajaan kena ambil langkah bijak dgn mengawal IPTS, jgn sbb kita lemah, kita dipijak. En IPTS ckp, “Oh mana mungkin, kami sudah beli tanah luas, buat bangunan cantik2, lengkap dgn peralatan pendidikan yg canggih, lecturer kami gaji lebih tinggi, siapa mau tanggung kos ini semua? siapa mau bayar investor kami? Kami business man, kami mau untung! Apa kata kami lantik awak jdi 1 of the board director member?” Musuh kita adalah CAPITALISM! Tanya diri sendiri, anda nak labur duit pd En IPTS atau nak bg kat kerajaan suruh buat IPTA byk2… 


Rujukan: 

Fee pengajian
http://www.studymalaysia.com/what/listing.php?studyfield&elevel=L4&insttype&ckeyword=nursing
Education Conspiracy – lebih detail cerita dia – dgn movie skali 
http://inflation.us/collegeconspiracy.html
http://topdocumentaryfilms.com/college-conspiracy/
Ni pun best, cari title SICKO, pasal kesihatan
http://www.michaelmoore.com/books-films/
Tak tau apa itu capitalism, boleh wiki kay!

Pendapat aku pulak, 50-50. Kalau negara kita kaya cam Norway ke, UK ke (tue pun dah nak terlingkup!!!), OK kut, takde salahnya nak bagi pendidikan tertier secara percuma... tapi tulah, hutang negara kita pun berbilion-bilion!!! Lagi pulak takut budak-budak tak hargai ilmu bila free... so better buat cam YTN (Yayasan Tenaga Nasional) kut, 3.5 ke atas, free, 3.0 ke atas bayar 20% and so on, lebih adil, berbanding sistem PTPTN yang mengenakan caj pengurusan yang terlalu tinggi. Sebab pada aku, memang laaa student yang dapat dean's lit every sem tue memang bijak, tapi tak semesti yang dapat 2.++ tak pandai!!! (aku laaa tuh!!!) sebab kebolehan setiap orang kan berbeza, mana boleh hanya dinilai pada sekeping kertas!!!!

Lagipun, nilah masa nak menggunakan tax payer money sebelum students tue sendiri menjadi tax payer di masa depan, betul tak??? Bukan ke tax memang untuk pembangunan negara, so, bagi peruntukan kat pendidikan means bagi peruntukan kepada bakal pembangun negara untuk membangukan negara di masa hadapan, ye tak???

Tapi macam yang Sayang kata, sebenarnya sistem pendidikan negara kita (juga bidang kesihatan) telah banyak disalah guna dan dimanipulasi oleh golongan-golongan tertentu, yakni kapitalis yang mengambil kesempatan ke atas rakyat marhain (macam aku) yang berasal dari kalangan kurang berada. Maka terperangkaplah kami di dalam beban hutang yang tiada berpenghujung, walau asalnya, tujuan kerajaan memang untuk membantu pelajar kurang mampu untuk merubah masa depan mereka dan keluarga mereka!!! So, untuk mengelakkan PTPTN mengelurkan dana lebih banyak = pelajar berhutang lebih banyak, maka, maybe kerajaan should consider to build more 'quality' IPTA (quality here referring to everything inclusive of lecturers, modules, infrastructures etc) thus they can offer more places to our future students. Kata every year beribu-ribu lemon students dapat results gempak-gempak, betul tak???

Cuma aku rasa, diorang nie rage tiba-tiba sebab berlaku ketidakadilan yang ketara semenjak dua menjak nih, ye laaa... ada orang tue kan senang-senang dapat 250 juta, lepas tue pulak ada orang tue, hutang MAS dia yang ratus juta tue pun tak yah bayar, hari nie pulak pecah cerita ada orang tue sponsor artis nie, sampai makan juta laaa jugak..... kami nie, hutang tak sampai juta pun, puluh-puluh ribu je... itupun sebab nak memenuhkan ilmu di dada supaya satu hari nanti dapat teknologi terkini nak gali minyak banyak-banyak bagi PETRONAS kaya!!! tapi, dah macam meminjam kat along laaa pulak kan PTPTN nie??? Belum lagi hutang kereta nasional kami, belum lagi hutang skim rumah pertama lagi, jadi manalah orang-orang biasa macam kami tak makan hati..... 

Kalau IPTA dah banyak, IPTS macam mana pula??? Pada aku, a few IPTS should remain, such as UNITEN (di hatiku!!!) UTP, MMU, IMU, Lim Kok Wing etc. Kiranya IPTS more like pilihan rather than terpaksa sebab IPTA penuh. Yuran? It's up to them lah, since nama pun IPTS kan? Kiranya, hanya orang yang betul-betul mampu baru masuk IPTS. Bukannya layak sambung belajar, tapi tak boleh masuk IPTA sebab dah penuh so solution, kita masuk IPTS!!!!!!!

Oh, boleh juga jenguk ke http://rafiziramli.com/ untuk isu nie. Fine, dia orang PKR. Tapi pada aku, dia bagi facts and bukti, kiranya, kalau aku menteri, aku akan kaji laaa facts dia nie boleh pakai ke tak!!! hahahahhaha!!!!

Disclaimer:
Ini adalah hasil pendapat dan perbincangan logik antara aku dan Sayang di samping hasil pembacaan dan rujukan kami (internet) semata-mata. Aku langsung tak berniat untuk membicarakan hal-hal politik kat sini (tapi nak buat camne, dah politik sebahagian dari hidup sebagai seorang manusia yang bermasyarakat!!!)

Aku tidak mengambil pinjaman PTPTN untuk sambung belajar (syukur Alhamdulillah!!!) tapi aku terpanggil untuk cakna dalam usul nie sebab aku masih ada ramai adik yang menyambung pelajaran, dan aku mempunyai seorang anak yang insyaAllah, kalau ada rezeki pun akan menyambung pelajaran jugak. Jadi, aku concern pasal pembiayaan dia di masa hadapan. Fine, boleh simpan duit dari sekarang, tapi kalau time dia belajar nanti yuran dah 300k, dengan pinjaman rumah dan kereta sekarang, memang tak termampu lah aku nak menyimpan banyak tue untuk studies dia nanti. Tapi, kalau tiba-tiba Allah nak murahkan rezeki, syukurrrr banyak-banyak!!!

Aku memang terpaksa untuk enrolled di IPTS. Tapi aku terpaksa bukan sebab aku tak layak ke IPTA sebab aku memang ada dapat offer ke IPTA. Aku terpaksa sebab bapak aku paksa dengan alasan aku akan improve penguasaan Bahasa Inggeris aku, salah satu sebablah (tapi macam still ke laut jer!!!), but, I never regret with his decision since my uni life was one of the best moment in my life!!! 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...