April 12, 2012

Bila Cinta Tak Lagi Bermakna...

Kenapa, bila bercnta, lautan api sanggup direnangi, gunung tinggi sanggup didaki...
Bila dah kahwin, parit pun tak sanggup nak langkah...

Kenapa, bila bercnta, bil telefon beribu apa ada hal...
Bila dah kahwin, SMS sekali sehari pun dah malas...

Kenapa, bila bercnta, akan pertahankan cinta agung walau apa terjadi...
Bila dah kahwin, dugaan sikit pun jadi lemah...

Banyak lagi aku fikir, tapi tengah busy... Sangat sedih, they used to be an item, tapi, sebab ombak badai melanda mungkin terlalu kuat untuk ditempuh... Kita pun tak tahu and tak boleh nak kata apa sebab kita bukan kat tempat diorang...

I really hope they will find the best solution... Yeah, sometimes memang ada kebahagiaan dalam perpisahan kut...

Allah knows best...

April 05, 2012

Review Bunohan

Disclaimer: Ini adalah pandangan peribadi aku dan Sayang...

Aku sebenarnya agak selektif tang tengok cerita Melayu. Bukan nak berlagak best ke apa, cuma nanti dah spend dalam RM50 (tiket couple seat sebab ada budak kecik menyibuk duk tengah + popcorn yang aku balun sesorang + jagung + mash potato +jajan + hot dog untuk Faheem n Sayang which aku pun join jugak!!!) haruslah bila keluar wayang muka sengih sampai telinga ye tak??? Kalau tak, serius rasa nak bakar panggung.

Ok, sebelum tue, aku nak list kan filem Melayu yang aku rasa best + OK yang pernah aku tengok:
Magika, Mehong Mahawangsa (ni stok rasa goosebumps bila cerita habis), Cun (ni tengok 40 kali pun takpe sebab memang best + ada Remy Ishak ^gatal^), Songlap (tak buat senyum, tapi more to terdiam berfikir in a positive way), Hantu Kak Limah (fine, cerita nie slapstik tapi ada mesej!), Dunia Baru the Movie (teringat zaman bebudak Aberdeen lepak rumah on Raya sebab tunggu cerita nie habis, waktu tue, ada 10 kali cerita ni ulang dalam sehari!!!), Anak Halal and the list goes on.....

See, aku memang layan cerita melayu.... Percayalah....

So untuk cerita Bunohan, mari kita membuat kesimpulan:

Yang nak puji:
1) Gambar cantik
2) Cerita lain (no slapstick comedy, no rempits, no hantu and what not)
3) Demo kecek klate tok sghupa oghe Siam (fyi, aku faham cakap Klate and ni pandangan peribadi aku yang pernah sekolah kat Terengganu yang hampir separuh daripadanya Budak Kelantan, tapi kalau oghe Klate tak setuju, aku tak boleh kata apa-apa)
4) Babak Bunge Lale gocoh agak real kat mata aku

Yang aku rasa boleh diimprove lagi:
1) Jalan cerita tak jelas, kata bunuh oghe tahap assassin, tapi macam tak cukup garam di situ. Apa sebab Bunga Lale banyak hutang etc.
2) Scene pendek-pendek, macam tak tangkap jiwa sangat
3) Apa motif movie nie? Nak cerita pasal keluarga ke, atau pasal Kampung Bunohan ke, atau capitalist will conquers all ke.... Aku tak dapat tangkap!!!

Oh, cerita nie aku beli DVD original harga RM19.90, sebab tak sempat tengok kat wayang.

Tapi kiranya, kalau tengok kat wayang, confirm aku tido!!!

Oh, mind you, aku tak kisah cerita slow, contohnya filem Buai Laju-laju, lakonan Eman Manan, Khalid Salleh & Betty Benafe tak salah aku. Cerita budget murah, kualiti memang out, tapi cerita stock mafia...

March 13, 2012

Sad :(

Jangan salahkan ibu yang bermain fb. Fahami keadaannya yang dalam berpantang. Jadi, fb hanya penyebab untuk mengisi masa...

Salahkanlah adat berpantang kita, kononnya tidak boleh menjejak tanah untuk 100 hari...

Salahkanlah manusia yang bertopeng iblis yang sepatutnya melindungi, bukan manyakiti...

Salahkan punca penyebab kenapa keadaan sekeliling tidak lagi selamat...

Kerana, jika disalahkan ibu, pada tahun 80-an mungkin ibuku juga bersalah kerana membenarkan aku ke kedai mamak depan sewaktu usiaku 5 tahun...

Namun, itu yang menyebabkan kami adik beradik pandai jaga diri dan pandai kira-kira...

Tapi apabila kelebihan itu ditarik balik, jadilah adik bongsuku pada abad ke-21, tidak tahu harga dan baki apabila ke kedai...

Juga aku diselubungi paranoid, hingga anakku langsung jarang berenggang denganku kecuali betul-betul terpaksa...

Sungguh, aku kurang percaya pada orang, walau ibuku selalu berpesan, perlu tawakal, InsyaAllah Allah akan jaga anak kita...

Aku yakin itu, cuma yang aku langsung tidak yakin, pada manusia sekeliling yang telah berevolusi menjadi syaitan yang tiada tanduk...

Itu baru anak lelaki, kalau anak permpuan, rasanya kalau boleh, memanglah aku usung ke sana ke mari!!!

Kantor mana yang membenarkan polisi bawa anak ke pejabat???? Dengan rela hati aku ingin pohon!!!

p/s: Betullah Allah jaga anak kita, kerana beliau telah ke syurga meninggalkan kita bergembira di taman firdausi, di saat kita meratap hiba di sini...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...