January 02, 2010

2010

Semoga pada tahun ini, saya akan:-

  • Mendapat kerja baru yang sesuai dengan saya dan keluarga saya berserta dengan gaji yang berpatutan untuk menanggung pembayaran rumah, insurans, kereta, kad kredit, dsb serta masih mampu untuk menyimpan...

  • Berusaha lebih gigih untuk menjadi Mummy yang baik untuk Ameerul Faheem Al Fazree serta menjadi isteri yang baik juga kepada Al Fazree Sarif...

  • Menjadi insan yang bersyukur setiap hari...

  • Meneruskan hari-hari yang mendatang dengan lebih bersedia, matang dan tenang...

  • Berjaya menurunkan berat badan yang bagai dipam-pam ini lagi 9kg. Saya sudah berjaya menurunkan 5kg sepanjang 2 bulan lepas. Yeay!!!! Sedikit kecewa kerana saya sasarkan 7kg...... (Siapa kata breastfeed senang kurus??? Ikut orang gak.... Aku breastfeed sampai tahap langsung tak pernah beli susu formula untuk anak!!! Tak kurus pun!!!! Anak aku sekarang pun makan 2 kali jer sehari, waktu lain menyusu, masih jer gemuk!!!! Sekarang nie boleh kecik sikit pun sebab diet nak separuh mati!!!! Tu pun berani sebab anak dah makan bubur segala..... Dulu diet separuh jalan sebab kesian kat anak nanti susu tak cukup!!! Ye laaa, diet semua yang stok suruh kurangkan makan.... Mau tak gigil lembik badan aku dibuatnya!!! Tu pun tak kurus jugak... Aku nie super duper terlebih kalori kut!!! Ok, stop membebel!!!)

  • Menjadi hambaNya yang sentiasa ingat padaNya, dengan solat, jangan asyik culas, mengaji sampai khatam baca tafsir sekali, bayar zakat doa dsb....
Banyak perkara yang terjadi dan berlaku pada tahun 2009, kebanyakannya di luar kuasa saya... Tapi, saya tahu, sinar masih menanti di hari esok apabila saya sudah bersedia untuk membuka mata sepenuhnya dan menerima keadaan seadaanya....

The reason why Mummy is still standing....


I hope the smile will stay throughout the year minus another 9kg...


I hope our love remain forever and we'll be stronger together...

Apa daaaa yang aku merepek nie di pagi-pagi buta nie..... Apa-apa pun, Happy New Year & New Decade...

4 comments:

Anonymous said...

Apa daa... Rambut wa sudah pendek woo!

Farah said...

aku suggest ko start bersenam atau workout cepat sikit turun..try la..diet byk2 pon tak tahan jugak sebab lapa menyusu anak ni lain macam (sebab tu aku kuat makan jugak)

FaznFaz said...

hahahha.... tue aaa dilema org kuat makan... ;p... aku kurang makan junk n nasik jer, sbb mmg lapar bila menyusu, so, subs dgn oat.... exercise adalah x berapa rajin, tapi dah start slow2 dgn menjadikan faheem sebagai dumb bell.... hehhe!!!

FaznFaz said...

hahahha.... tue aaa dilema org kuat makan... ;p... aku kurang makan junk n nasik jer, sbb mmg lapar bila menyusu, so, subs dgn oat.... exercise adalah x berapa rajin, tapi dah start slow2 dgn menjadikan faheem sebagai dumb bell.... hehhe!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...