December 27, 2010

I'm Soooo Curious....

Faheem yang start batuk-batuk dulu.... Lepas tue, pada suatu malam yang hening, dia batuk kaw-kaw kena kat muka aku.... Baik punya!!!! Yang herannya, cepat pulak sembuh batuk-batuk dia tue, tak der bawak klinik bagai, beli jer ubat batuk Breacol untuk kanak-kanak kat farmasi, pastu bila temperature dia naik, just bagi Uphamol yang memang KPJ bagi untuk standby kat rumah. Alhamdulillah, tak sampai 1 minggu, elok segala bagai.... Nak kata pantang??? Budak tue lagi pantang nampak air sejuk ada!!!! Duk kecoh 'ais.... ais....' Dah trick bagi air ribena suam pun tak mo.... Sibuk nak jugak minum air mata kucing pasar malam yang Sayang beli.....

Oooo.... yang double herannya, esoknya lepas dia batuk kaw-kaw kat muka aku tue, terus tekak aku gatal-gatal, terus batuk-batuk sampai sekarang tak berenti!!!! Kuat siut virus yang menyerang budak tuh!!! Sekali jer kena, terus aku kena jangkit sekali!!!! Dah laaa aku memang ada history, kalau batuk, sah-sah 3 minggu baru boleh baik walau berapa gelen ubat pun aku telan!!!!

Teringat waktu nikah kat masjid dulu, imam/ kadi duk sibuk pom-pang pasal nikah segala, aku duk mencacatkan majlis sendiri dengan batuk tak berenti-renti!!!! Sedang waktu tue, dah lebih seminggu aku batuk, dah 3 botol kut ubat batuk aku telan, dari pelbagai jenama ke jenama hospital, dah bergelen-gelen air garam panas jugak dah aku gurgle!!! Sampai boleh kena darah tinggi sebab dah banyak jugak tertelan air garam!!!! Mak aku kat sebelah duk sebok-sebok suruh tahan batuk tuh sambil urut belakang aku.... Macam boleh laaa kan nak ditahan-tahan..... Last-last, sedar-sedar jer aku dah sah jadik bini orang!!!! Ciss, tak feeling langsung!!!! (Agak sebab tue, tak ada rasa feel dah kawen.... still rasa cam zaman muda-muda remaja bergetah dulu... Auuuwww!!!!! Yelaaa sangatkan, dengan badan yang macam dipam-pam belon angin tue.... huhuu!!!!) Nasib esoknya waktu sanding elok pulak tak batuk!!! Ke batuk sebab gatai nak kawen, no???

Anyway, sampai hari, dah lebih seminggu aku batuk-batuk, dengan hampehnya, dapat pakej runny nose, campuq sakit tekak campuq hilang suara, campuq bersin-bersin sekali semua!!! Dah macam nasik kandar.... Macam-macam ada!!!!! Faheem???? Relaks jer... tengok kartun, konker TV sambil mendera aku, dari nak susu, nak biskut, nak nasik ayam, nak coklat dan sewaktu dengannya......

2 comments:

NaniRostam said...

Salam.Kak Nani kalau batuk pun bertahun kot nak baik....sampai risau giler, telan ubat tu..ubat ni...tak jugak hilang..last-last tak tahu bila, baik sendiri jer.

FaznFaz said...

hehehe... thanks kak nani, sudi singgah ;) itulaaa.... yang iyanya.... sabar je laaa....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...