Dah laaa letrik rumah aku mahal, sebulan dalam rm2++, tak tau apsal... sedang aircond bukan 24 jam pun...
Pakai cuma rumah atas ajer.... rumah bawah memang apa-apa pun tak on kecuali peti ais....
Lepas nih, sah-sah laaa semua pun naik harga....
Ayam pun dah RM8 sekilo...
Ikan tak yah cerita laaaa....
Nasib baik Ipad kat Malaysia nih murah (ya right.... bukan boleh buat makan!!! Orang yang terlebih duit je kut mampu beli!!!)
Kadang-kadang bila sangat terdesak nih, aku terpikir nak rompak bank laaaa!!!
Aci tak???
Ok, tetiba rasa nak membebel lebih, berkaitan dengan perbelanjaan keluarga laaa jugak....
Aku ada baca Berita Harian ke Kosmo tak salah dalam few weeks ago. (Damn!!! I should keep that article in the first place!!!)
Dia spend RM400 untuk kereta, RM600 untuk rumah.
Detail lain aku tak ingat.
Dia bagi kes studi untuk satu famili nih, gaji si suami dalam RM2+++ kut. Pastu bagitau yang campur-campur semua, memang defisit laaa.....
Nasib baik wife dia buat kerja sambilan, menjahit and jaga anak tak salah aku, so dapatlaaa dalam RM500.
Kira boleh cover laaa.....
Persoalan aku kat sini ialah, hari nie, mana nak dapat kereta baru bayar RM400 sebulan????
Proton Saga biasa pun RM4++, Perodua lagi laaa.... Viva sah-sah lebih dari tuh, MyVi??? Boleh dapat Persona kut!!!
Lepas tolak belanja rumah, anak semua, still ada ke duit untuk simpanan or insurance (pada aku insurance sangat penting, OK???)
Atau duit lebih untuk bawak keluarga pergi jalan-jalan???
Tak yah oversea pun, at least berkelah kat PD....
Rumah RM600??? I bet rumah sewa, tak pun dia beli rumah zaman dulu-dulu....
Kalau kat area Shah Alam nie, rumah teres 2 tingkat 20x65 pun dah dekat setengah juta.
Siap pemaju kata dah hampir sold out pun, yang tinggal haruslah lebih mahal dari itu dengan area yang kureng....
Lepas tue, baru nie, kitorang pergi soft launch Amara, apartment baru kat belakang Batu Caves.
Diorang SMS Sayang, kata buat hari Ahad, bila kitorang sampai, memang macam pasar and rupa-rupanya, hari Sabtu dah start....
So, unit yang best-best semua dah sold out. Unit yang OK-OK around RM240k dengan keluasan hanyalah KURANG dari 900sqf.
Gila kecik!!!! After early bird rebate and bumi discount, adalah dalam RM210k.
Still mahal pada aku!!! Sebab, still kau kena bayar bulan-bulan lebih kurang RM12++.
Maybe more, selama 30 tahun.
Great, kalau beli rumah umur 27tahun (lepas bekerja beberapa tahun), umur 57 tahun baru habis bayar....
Orang sekarang, bukan umur 40 pun dah ramai yang mati ke??? Sebabnya, hypertension, sakit jantung and so on....
Mana taknya, kalau gaji kau RM4000 pun, dengan maintenance dah dalam RM1500, kereta + minyak + tol dah dalam RM1000.
Tolak EPF semua, memang betul tinggal RM1000 kat tangan, belum nak bayar insurance, api, air, ASTRO etc.....
Tapi still, macam aku kata tadi, banyak rumah-rumah yang best dah sold out!!!!
Gila kaya orang Malaysia eh???? Baru launch dah habis, apa diorang cetak duit eh, kat rumah???
Gila mahal macam tuh pun sold out!!!!
Yang paling aku risau adalah, rumah-rumah yang sold out tuh bukan orang yang nak duduk beli, tapi speculator and investor....
So, berdasarkan konsep ekonomi permintaan dan penawaran, memanglah permintaan tinggi, sebab diorang ada duit....
Dan sanggup tanggung risiko untuk beli rumah sebelum meneliti condition dan kualiti rumah yang bakal dibeli (ya laaa, beli untuk dijual, so, who cares?????)
So, bila rumah dah siap, CF dah lepas and kunci dah dapat, diorang terus jual dengan mark-up 20-30% dari harga rumah, so, kalau yang RM240k tuh, akan jadik lebih kurang RM3++k, dengan keluasan kurang dari 900sqf...
Sangat melampau pada aku!!!
Jadik, orang kebanyakan macam aku akan sangat terasa kesannya....
Idea aku, untuk mengelakkan kes-kes macam nie ialah, rumah baru yang dijual TIDAK boleh dijual dalam tempoh 10tahun SELEPAS mendapat CF dan kunci....
Kiranya kalau macam nie, hanya orang yang memerlukan rumah sahaja dibenarkan untuk membeli rumah baru.
Sekurang-kurangnya, kita boleh mengawal harga rumah baru agar lebih mampu milik untuk semua golongan...
Tapi, ye laaa.... money talks, siapa laaa yang sudi mendengar pendapat picisan aku nie, ye tak???
Oh, cukuplah aku membebel..... Daaa.....
p/s: Rumah PV area Taman Melati Setapak, waktu mula launch dalam 2005, harga dalam RM180+++, built up area lebih dari 1+++sqf, dalam tahun 2007, harga dalam RM2++k, sekarang boleh jual AT LEAST dalam RM320k.
Imagine, kenaikan 100%.
Malangnya, waktu 2005, aku baru habis belajar so, takde duit nak beli rumah tue, and sekarang, aku tak kerja so, lagilaaa tak mampu!!!!
So, bilanya aku nak mampu beli rumah nie????
4 comments:
ako stuju!
Babe, dulu bukan kau ada beli rumah ke? Dekat2 rumah parents kau kan..
same question goes to me..even aku yg bergaji pon masih x mampu..nak duduk jauh2 dari opis aku x larat weiii nak dok dalam kereta sampai 3-4 jam sbb travel je.
faizura: apa yang ko setujunya??? hahah!!!
huda: alamak, kantoi!!! hahah!!! bila dah ada anak, nak carik landed property, tapi tu laaa.... mahal nak mamps!!!
farah: kalau area shah alam nie, yang jauh kat ceruk yang memang ceruk pun mahal menggila!!! dengan jam lagi, tol lagi.... huhu!!!
Post a Comment