Pada aku, cerita nie cantik... selain cantik sinematografi, jalan ceritanya jugak cantikk.
Honestly, aku tak kisah pun kalau Adam mati, tapi akan jadik sangat klise di situ...
Jadi, ditonjolkan jalinan yang sangat cantik dengan watak Mamat, apabila mereka berdiskusi mengenai pemberian/ sedekah/ zakat...
Apabila Mamat memberikan CD 'ori' pada pada Adam, aku sangat tersentuh bila Adam tanya 'tak sayang ke?' dan Mamat pun menjawab, 'Sayang, sayang sikit...'
Sterusnya, kena laaa tengok sendiri kan???
Selain pemberian, kisah ini menitik beratkan pasal kehilangan (pada aku laaa....) bila Aidil kehilangan Aliya, dikaitkan dengan bila ibunya kehilangan Haji Hassan...
Bila Nur kehilangan bayi yang dikandung, bila Adam rasa dia akan kehilangan Nur sampai dia berdoa 'Ambillah apa saja kecuali Nur...' dan apa yang Nur rasa apabila dia hampir kehilangan dan setelah kehilangan Adam...
Selain itu, pada aku, watak yang sangat menarik untuk dibincangkan ialah watak Ustaz yang menimbulkan kejengkelan Adam apabial beliau enggan mengajar dengan alasan 'matlamat tidak menghalalkan cara'...
Ya, walaupun Adam memberikan jawapan yang konkrit, namun persoalaannya, wajarkah Ustaz itu disalahkan seratus peratus???
Inilah yang menjadi topik perbincangan aku dengan Sayang (walaupun Sayang walaupun Sayang tak tengok movie nie...)
Kalau Ustaz itu dilahirkan dalam keluarga yang kukuh agamanya, kemudian membesar dan belajar dalam kondisi yang indah pegangannya, secara tak langsung, sama ada sedar atau tidak, Ustaz ini akan ada cocoonnya, di mana, beliau hanya akan bergaul dengan orang yang sempurna imannya. Bukanlah salah beliau kerana apabila tidak bergaul dengan mereka-mereka yang rosak, tentulah janggal untuk beliau berada dengan mereka...
Umpama, bila Syang bertanya dengan aku 'kenapa U tak turun petang-petang berborak dengan jiran-jiran' jawab aku mudah, 'That's just not my norm. Mak aku tak pernah ajar dan buat macam tu, so aku pun tak buat macam tu...'
Samalah jugak dengan bila membesar dengan keluarga yang minum arak dan tidak sembahyang, maka, anak-anak yang dihasilkan akan menganggap, oh, minum arak itu ok, sembahyang bukanlah kemestian. Itulah norm yang terhasil... (Sebagai contoh)
Jadi, kalau ada sesetengah orang menganggap minum arak itu cool (sebagai contoh), kenapa harus menganggap Ustaz itu kolot??? Ustaz itu tidak kolot, cuma dia tidak biasa, itu sahaja.... Jadi, kita jangan jatuh hukum menyalahkan Ustaz itu....
Yang menjadi persoalan ialah, bagaimana nak dibiasakan Ustaz itu yang itulah keadaan yang berlaku hari ini, kepincangan dalam institusi masyarakat Islam, dan kita memerlukan Ustaz itu untuk memulihkan Islam dalam hati kita....
Bagaimana pula kita nak biasakan dan menyatakan pada peminum arak (sebagai contoh)yang minum arak itu tidak cool, malah haram, dan kita perlu cari Ustaz sebagai guru, untuk mengajar kita kembali mengenai Islam, yang hakikatnya, jauh lebih indah...
How to break the barrier and melt the ice??? Pada kami, itulah yang lebih perlu dibincangkan...
Oh, bagaimanapun, bravo to the whole team of Nur Kasih The Movie kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang indah dan berjaya membuatkan aku rasa nak berfikir... Seriously, cerita ini sangat cantik...
Disclaimer: Ini adalah pendapat aku semata-mata tanpa rujukan dari mana-mana dan tanpa ada niat ditujukan kepada siapa-siapa baik yang masih hidup atau yang telah pergi...
2 comments:
x sabar nk blk msia, nk tgk cte nih. hehehe. thanks. ako ske review ko nih!
teheee..... oh remy ishak.... hahahhaha!!!!
Post a Comment